seismik

"Dua-Dua Cute" - Aksi Pengantin Miming Lagu Dan Menari Bersama Curi Perhatian Warganet

Comel!

Cover image via @farzanaisml (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim cuti persekolahan ini, ramai pasangan yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka

Setelah sekian lama bersama akhirnya disatukan dalam sebuah majlis. Pasti rasa gembira dan teruja buat bakal pengantin bukan? Tambahan lagi banyak sudah dirancang dari dulu dan akhirnya menjadi kenyataan.

Zaman perkahwinan moden ini banyak kita boleh lihat persembahan unik yang ditampilkan, malah daripada pengantin itu sendiri.

Sama seperti video di TikTok ini memaparkan pasangan pengantin membuat persembahan bersama telah mencuri tumpuan tetamu yang hadir.

Lihat video itu di bawah:

@farzanaisml #DanHanyaAna always wanted a flashmob at our wedding and it happened! #malaysia Marry You - Bruno Mars

Dah lama idam nak buat flashmob dekat majlis kahwin sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya majlis perkahwinan pasangan pengantin itu di sebuah dewan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat memulakan persembahan mereka dengan miming lagu dan kemudian terus kepada tarian.

Situasi itu ternyata telah mencuri mata-mata dan menghiburkan para tetamu yang hadir di majlis mereka.

"Sama cantik sama padan, so cute" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan mereka berdua.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 8.6M views, 1.3M likes dan 11.6K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semua orang ada cita rasa sendiri kan dalam majlis mereka. Comel je pengantin ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: