seismik

Dua Tahun Kena Ejek Muka Berjerawat, Kini Gadis Ini Tampil Yakin & Kongsi Tip ‘Skincare’

Bukan mudah nak jadi perempuan ni.

Cover image via Twitter @afzanahmadali

Mempunyai wajah clear skin merupakan idaman setiap wanita, namun tidak semua mampu memilikinya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Mereka yang bernasib baik memiliki wajah yang mudah untuk 'dijaga' tanpa perlu mengamalkan penjagaan muka yang panjang dan melecehkan. Hanya menggunakan pencuci muka sahaja sudah mencukupi. 

Akan tetapi, ada juga yang sudah melakukan pelbagai cara untuk menjaga kulit muka mereka namun tetap juga bermasalah membuatkan individu itu rasa rendah diri. 

Gadis yang dikenali sebagai Afzanah Madali berkongsi pengalamannya diejek selama hampir dua tahun kerana masalah muka yang dialaminya

Berkongsi di laman Twitter miliknya, gadis ini mengakui bahawa dia kurang keyakinan bila berdepan dengan orang ramai kerana risau penerimaan orang ramai terhadap dirinya. 

Namun begitu, berkat usaha kerasnya, dia kini boleh berbangga dan tampil yakin dengan wajah 'barunya' itu.

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Ni muka I masa breakout, mula-mula dia breakout sikit je lepas tu elok lepas tu breakout balik dan kemudian terus tak berhenti breakout dan besar-besar. Dah buat macam-macam pergi dermatologi, pergi klinik kulit, berubat semua dah buat. 

"Ya, beauty is pain. Bukan sakit sebab jerawat je tapi sebab duit jugak. Rasanya beribu dah habis dan dah rasa macam tiada harapan nak elok sebab yelah, duit habis dah banyak tapi muka masih tak elok. 

"Dengan persekitaran yang tak membantu langsung. Semua orang akan judge muka. Nangis mengadu kat famili tu perkara biasa sampau ibu ayah tak tahu nak cakap apa dah. Yelah, tiap kali orang judge, aku akan nangis ngadu kat famili.

"Sampai pernah rasa 'kenapa aku', kalau korang pernah alami, you akan tahu apa yang I rasa," tulisnya. 

Tidak tahan diejek, akhirnya gadis ini bangkit berbuat sesuatu bagi mengembalikan keyakinan diri. Dia juga turut dibantu oleh ahli keluarganya.

"Gambar breakout I ada yang lagi terus tapi malas nak tunjuk. Sekarang, muka I tiadalah flawless manapun, masih ada parut tapi Alhamdulillah, jerawat dah takde. 

"Kalau dulu, pakai makeup pun masih nampak jerawat. Dulu Watson dengan Guardian tu tempat kegemaran, bila keluar je mesti kena pergi situ sebab nak beli product drugstore yang orang kongsi bila muka dia elok. Jadi, siapa yang pernah teman je tahu betapa bosannya menunggu. 

"Jadi satu hari, ibu dah tak tahan I menangis mengadu macam-macam dan dia bawa I pergi dermatologis dekat Bera. Masa itu I tolak sebab dalam fikiran I kalau pergi pun bukan elok tapi ibu paksa juga," tulisnya. 

"Temujanji pertama merupakan hari terteruk yang tak akan pernah lupakan. Anda boleh bayangkan berapa banyak jerawat dia boleh picit tanpa belas kasihan. Masa dia picit tu, I nangis sebab tak tahan sangat. 

"Dan dia ambil masa dua jam untuk picit jerawat tu. Lepas tu dia suruh beli serum dan serum itulah yang I pakai sampai sekarang. Agak mahal tapi serius elok, I tak tahu nak beli kat mana sebab I beli kat dermatologis dekat Bera. Mungkin online ada kot. 

"Akhir sekali, setiap bulan I akan buat rawatan dalam RM200 ke bawah je. Nanti dia akan beritahu apa yang kena pantang tak boleh makan. Ya, I pantang dalam masa sebulan. Makanan I cuma nasi putih, ayam panggang dan salad sahaja. 

"Sejenis goreng, berminyak, makanan ringan, makanan segera langsung tak makan. Langsung! Fikir nak muka elok je masa ni tapi sekarang I makan je. Dan jangan lupa untuk minum air. Tolong pantang makan sebab bazir je nanti habis duit tapi muka masih tak ok," tulisnya. 

Selain itu, gadis ini turut berkongsi rutin penjagaan muka dan tips lain yang diamalkannya

1. Untuk pencuci muka, I pakai Cetaphil. Lagi satu kulit muka sis jenis berminyak. 

2. Toner daripada Simple. Serius I dah berbotol-botol pakai. 

3. Lepas itu i akan pakai serum. Serum ini dari Skin Revolution. Agak mahal tapi berbaloi dan sesuai dengan muka I. 

4. I akan pakai ubat jerawat bila ada jerawat je. Serius ia akan kecut dalam dua hari paling cepat. I akan pakai sebelum tidur cuma letak sikit-sikit dekat parut sebab dia buat pori tersumbat. 

5. Kalau I makeup, I akan buang guna micellar water dari Garnier

Tambahnya lagi, skincare sahaja tak akan dapat membantu:

1. Kena tukar cadar dan sarung bantal setiap minggu.

2. Tuala mandi jangan campur dengan tuala muka.

3. Cuci muka dua kali sehari dan buang makeup sebelum tidur.

4. Minum air sekurang-kurangnya 2L setiap hari (ikut berat).

5. Jangan sentuh muka sebab kat tangan ada banyak bakteria.

6. Tolong pantang makan. Bergoreng, berminyak, makanan ringan, makanan segera, kacang, kicap dan segala makanan yang you alergi.

7. Sebelum, nak letak skincare, pastikan basuh tangan sebab takut tangan kotor je.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Semoga, kisah gadis ini dapat menjadi pembakar semangat gadis-gadis di luar sana untuk mendapatkan wajah idaman masing-masing

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga tips penjagaan muka ini:

You may be interested in: