Harga Jualan Bermula Dengan RM 1, Ini Mungkin Kedai Bundle Yang Akan Sering Anda Kunjungi
Memang murah gila!
Dibuka sejak November tahun lepas lagi, tetapi baru-baru ni saja kedai ini menjadi bualan orang. Kata mereka, harga barang di sini semua berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua. Betul ke?
Bila buka saja laman Facebook Kedai Jalan Jalan Japan, memang betul lah kedai ini menjual pelbagai barangan semurah RM1. Lihat sajalah gambar di bawah, macam tak percaya. Masih ada lagi kedai yang menjual barangan dengan harga sebegini.
Inilah Kedai Jalan Jalan Japan yang terletak di One City Mall, USJ (Tingkat 1A, Block A). Kedai ini merupakan kedai pre loved barangan Jepun yang terbesar di Malaysia.
Kedai Jalan Jalan Japan ini mula beroperasi pada akhir November tahun lepas sehingga ke hari ini. Kedai ini dibuka setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Ruang di dalam kedai ini sungguh besar sehingga ada pelanggan yang menyatakan bahawa beliau meluangkan masa di sini selama 10 jam. Wahh besar betul tu!
Bukan saja murah, tetapi kedai ini menjual pelbagai jenis barangan Jepun yang terdiri daripada perabot, barangan rumah, komik, dan juga peralatan sukan. Harganya sungguh berpatutan dan semestinya anda akan rambang mata!
Terkejut apabila kami dapat tahu bahawa mereka bukan saja menjual barangan seperti biasa yang ada dimana-mana kedai lain. Tetapi mereka juga ada menjual perabot semurah RM30 dan ke atas. Selain itu, kedai ini juga ada menjual peralatan sukan dan pelbagai lagi barang yang menarik.
Dah namanya kedai menjual barangan terpakai atau pre loved, jadi biasalah kalau barang itu tidak 100% sempurna seperti yang baru
Kedai ini sudah mengingatkan pelanggan mereka bahawa barangan yang dijual adalah seperti yang sudah sedia ada. Para pelanggan perlu memeriksa dulu barangan yang dibeli mereka sebelum membuat sebarang pembelian.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!