Ejen Insurans Ditahan Lepas Didakwa Ugut Nak Bunuh Pelanggan Kerana Mahu Batalkan Polisi
Mangsa memberitahu dia tidak lagi mampu membayar dan tidak lagi berminat untuk meneruskan polisi itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis telah menahan seorang ejen insurans berhubung kes ugutan jenayah terhadap seorang pelanggannya pada Ahad lalu
Difahamkan, kejadian itu berlaku berdekatan Balik Pulau di Pulau Pinang selepas seorang lelaki yang berusia 30 tahun tersebut ditahan kerana dia menyerah diri di balai polis.
Dia menyerah diri pada hari yang sama mangsa, seorang penghantar makanan, membuat laporan polis.
Batal kerana tak mampu nak bayar
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata kira-kira jam 8.13 pagi Ahad lalu, mangsa berusia 28 tahun telah menghubungi ejen insuransnya untuk membatalkan polisi insuransnya.
Katanya, dia tidak lagi mampu membayar dan tidak lagi berminat untuk meneruskan polisi itu.
"Ejen insurans itu kemudian mengugut untuk membunuh pelanggannya jika dia membatalkan polisi.
"Dia juga berkata bahawa dia akan membayar polisi pelanggannya selama tiga bulan untuk melengkapkan tempoh setahun pelanggan melanggan polisi itu.
"Dia juga memberitahu pelanggan bahawa jika dia pergi ke syarikat insurans untuk membatalkan polisi, dia akan memotongnya," katanya.
Mangsa membuat laporan polis pada jam 3.47 petang Rabu. Kamarul berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!