Aliff Aziz & Bella Astillah Kini Sah Bercerai Dengan Talak Satu
Kes perceraian dilakukan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersetuju untuk menceraikan isterinya, Bella Astillah hari ini
Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Aliff, 33 tahun, melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat pada pukul 1.10 petang selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang dibuat penyanyi wanita itu pada 11 Mac lalu.
Setuju beri hak penjagaan penuh pada Bella
Menerusi laporan Harian Metro, Aliff bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan penuh dua anaknya kepada bekas isteri, Bella Astillah kerana menganggap dia adalah individu paling layak.
Menurut Aliff, keputusan yang dibuat adalah muktamad dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
"Sebab dia adalah ibu kandung. Saya enggan mengulas perkara itu secara terperinci tetapi apa yang dibincangkan dalam mahkamah ini, itulah keputusannya," katanya.
Bagaimanapun Aliff enggan menjawab soalan media ketika ditanya mengenai bila kali terakhir dia berjumpa dengan dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
"Berkenaan anak-anak, saya tak nak komen apa-apa kerana bagi saya ada perkara boleh dikongsikan dan ada yang tak perlu buat masa ini.
"Apa pun saya bersyukur apabila prosiding hari ini semuanya berjalan lancar dan saya berterima kasih kepada ayah kerana menemani saya," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!