Video Pencerahan Hukum Pakai Baju Yang Ada Lambang Salib, Jersey Bola Paling 'Bahaya'
Sekarang dah tahu ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di pasaran sekarang, pelbagai jenis corak baju kita boleh dapatkan
Namun, dalam pada kita membeli kita perlulah meneliti gambar-gambar yang dicetak. Hal ini kerana mungkin pakaian tersebut boleh menyebabkan salah faham, apatah lagi kita yang beragama Islam.
Tular sebuah video baru-baru ini memaparkan penjelasan mengenai memakai baju yang mempunyai lambang salib telah mencuri perhatian.
Hukum memakai baju berlambang salib untuk solat
Menerusi video tersebut, akaun @masjidbspofficial berkongsi pencerahan mengenai isu memakai baju salib.
Antara sering terjadi adalah mereka yang memakai jersey bola. Ia kerana simbol dan lambang negara mereka.
Malah, seperti yang kita tahu negara-negara barat ramai yang menganut agama Kristian dan sebagainya.
Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat memakai baju yang jelas padanya simbol salib adalah HARAM dan WAJIB DIHILANGKAN LAMBANG SALIB tersebut sama ada dengan cara dikikis, dicampur dengan warna lain sehingga tidak kelihatan lambang salib tersebut.
Walaupun begitu, solatnya sah jika pakaian itu menutup aurat dalam mazhab kita. Ini dikenali sebagai ‘jihah munfakkah’ (جهة منفكة). Dalam bahasa yang lain, solat sah tetapi memakai baju itu haram hukumnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!