Lelaki Buat Konten Diesel ‘Mahal’ Dikecam Ramai - “Bang Pendapatan Kau Sebulan RM100K”
Bersabarlah bang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum tahu, harga baru minyak diesel telah dinaikkan sebanyak RM3.35 seliter berbanding harga lama RM2.15 seliter
Sudah tentu perkara ini telah mendapat reaksi ramai yang turut terkesan dengan kenaikkan harga berkenaan.
Ramai juga yang meluahkan rasa kecewa mereka dengan peningkatan harga ini di media sosial.
Sama seperti seorang individu yang berkongsi rasa terkejutnya selepas mengisi minyak diesel pada kenderaannya.
Terkejut tengok harga begitu ketara dengan sebelumnya
Menerusi sebuah video di akaun TikTok @pakwee_oe, dia berkongsi situasi semasa dia sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak.
Difahamkan, dia terkejut dengan dengan harga diesel sekarang yang jauh peningkatan berbanding dulu.
"Memang mimpi ngeri bagi semua kereta yang pakai diesel. Biasanya aku isi full tank RM130 je, aku lepas ni memang tukar petrol lah," katanya.
Namun, dia mendapat kecaman ramai dek kerana ada yang mendakwa pendapatannya yang banyak.
"Mampu pakai 4x4 mesti mampu beli diesel kan 4x4 mampu beli minyak takkan tak mampu," kata seorang netizen.
"3 hari 1 tank, buat business banyak duit tu," kata seorang lagi netizen.
Untuk rekod, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bermula Isnin, 10 Jun 2024.
Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 00:00 (12:00 tengah malam) pada hari Isnin, 10 Jun 2024 di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia. Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
Tujuan Kerajaan melaksanakan penyasaran ini adalah untuk membendung ketirisan diesel subsidi yang kian berleluasa dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara. Kerajaan berbelanja sebanyak RM14.3 bilion untuk subsidi diesel pada tahun 2023.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!