Laksanakan Ibadah Korban Untuk Orang Yang Dah Meninggal Dunia, Apa Hukumnya?
Harap dapat memberi pencerahan kepada kita semua.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibadah korban adalah perlakuan menyembelih haiwan tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T
Antara haiwan yang dibolehkan korban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Ia menjadi tuntutan kepada umat Islam pada setiap tanggal 10 Zulhijjah meraikan Aidiladha sekali gus menyempurnakan ibadah korban sesuai sunnah Nabi Ibrahim AS.
Perkara utama dalam ibadah korban adalah untuk melihat sejauhmana keikhlasan dan ketakwaan kita sebagai seorang hamba, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu". (Surah al-Hajj: 37)
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis, mafhumnya:
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis Riwayat Tirmidzi).
Hukum buat korban atas nama orang yang sudah meninggal dunia
Berdasarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah TIDAK BOLEH melainkan jika diwasiatkan.
Hal ini kerana korban ialah ibadah dan satu daripada prinsip ibadah ialah tidak dilakukan untuk orang lain melainkan jika adanya dalil.
Pendapat yang tidak muktamad dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa korban ini termasuk dalam kategori bersedekah bagi orang yang telah meninggal dunia. Maka dibolehkan walaupun tanpa wasiat dan ini dikatakan memberi manfaat kepada si mati.
Daripada Aisyah, bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan bertanya:
يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، أَفَلَهَا أَجْرٌ، إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ
Maksudnya: Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku mati secara mendadak tanpa sempat berwasiat, aku kira kalau beliau sempat berbicara (untuk wasiat) nescaya dia akan bersedekah, adakah baginya pahala kalau aku yang bersedekah bagi pihaknya? Kata Nabi SAW: Benar.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Semoga kita semua dapat tunaikan segala perintah Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan sepenuhnya keredhaan dari Allah SWT.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!