seismik

Pilih Buat Di Luar Negara, Ini 7 Tempat Yang Anda Boleh Tunaikan Niat 'Ibadah Korban'

Semoga amalan ibadah korban kita tahun ini diterima oleh Allah SWT.

Cover image via Google

Setiap tahun pada tanggal 10 Zulhijjah semua umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji akan menyambut Hari Raya Aidiladha

Gambar sekadar hiasan.

Image via Foto Warung

Pada hari itu, umat Islam sangat disunatkan untuk berkorban dan mereka perlu menyembelih haiwan korban untuk dibahagikan kepada seluruh umat Islam di suatu daerah.

Korban bermaksud menyembelih haiwan ternakan tertentu pada 10 hingga 13 Zulhijjah dengan tujuan ber'taqarrub' kepada Allah SWT.

'Taqarrub' bermaksud perbuatan atau amalan yg dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunnah yang amat dituntut, ia juga merupakan ibadah yang paling dicintai Allah SWT pada Hari Raya Aidiladha.

Selain itu, sebaik-baik ibadah korban sebenarnya adalah dilaksanakan dengan melakukan sembelihan haiwan dan agihannya di tempat sendiri

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini banyak pihak menganjurkan ibadah korban di luar negara.

Mereka menawarkan perlaksanaan ibadah korban dengan harga lebih rendah untuk satu bahagian haiwan korban berbanding dengan harga yang dilaksanakan di Malaysia.

Ini memberi alternatif kepada mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk turut serta melaksanakan ibadah korban tersebut.

Berikut adalah tujuh tempat bersama harga untuk anda pilih sendiri jika berniat ingin menunaikan ibadah korban di luar negara tahun ini:

1. EZ Qurban (RM350)

Diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai 'Penyertaan Terbesar dalam Program Korban'.

Harga yang ditawarkan oleh pihak EZ Qurban ini untuk ibadah korban di luar negara bagi 1 bahagian lembu ialah sebanyak RM350. Manakala, harga bagi seekor lembu pula RM2,450.

Satu ekor lembu korban terbahagi kepada 7 bahagian dan 7 penama. Layari https://www.ezqurban.org/my-info/ untuk maklumat lebih lanjut.

Image via EZ Qurban

2. Yayasan Budi Ihsan Malaysia - YBIM (RM350)

Ditubuhkan pada 15 Oktober 2018 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada 27 September 2019.

Harga yang ditawarkan oleh pihak YBIM ini untuk ibadah korban di luar negara bagi 1 bahagian lembu ialah sebanyak RM350. Manakala, harga bagi seekor lembu pula RM2,450. Layari ihsanpalestin.com untuk maklumat lebih lanjut.

3. Serantau Muslim (RM400)

Ibadah korban bersama Serantau Muslim ini hanya dilakukan di negara orang miskin iaitu di 20 buah negara.

Harga yang ditawarkan oleh pihak Serantau Muslim ini untuk ibadah korban di luar negara bagi 1 bahagian lembu ialah sebanyak RM400. Manakala, harga bagi seekor lembu pula RM2,800.

Layari http://www.qurbanmudah.com/ untuk maklumat lebih lanjut.

4. QurbanAid Malaysia (RM299)

Qurbanaid adalah syarikat berdaftar di SSM di bawah Qurbanaid Sdn Bhd (1298529-T). Qurbanaid memberi jaminan 100% bahawa setiap haiwan qurban dibeli dan disalurkan di setiap komuniti muslim tempatan untuk setiap negara yang disasarkan.

Ini bermakna, disamping anda menyumbang daging qurban sebagai ibadah, anda juga membantu meningkatkan ekonomi dan penghayatan syiar Islam kepada komuniti muslim di luar sana yang sangat memerlukan.

Layari https://qurbanaid.my/ untuk maklumat lebih lanjut.

5. Al-Ameen Serve Holdings (RM390)

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam menguruskan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja, malah Al-Ameen juga diyakini kerana mereka berurusan terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Harga yang ditawarkan oleh pihak Al-Ameen ini untuk ibadah korban di luar negara bagi 1 bahagian lembu ialah sebanyak RM390. Manakala, harga bagi seekor lembu pula RM2,730.

Layari https://www.korbanaqiqah.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

6. Syria Care Malaysia (RM350)

QurbanAid ini pula merupakan projek ibadah korban yang dikendalikan Syria Care Malaysia di Uganda.

Harga yang ditawarkan oleh pihak Syria Care ini untuk ibadah korban di luar negara bagi 1 bahagian lembu ialah sebanyak RM350. Manakala, harga bagi seekor lembu pula RM2,450.

Layari https://syriacare.org.my/qurbanaid/ untuk maklumat lebih lanjut.

7. MY Hope Hero (RM450)

MY Hope Hero menawarkan kemudahan kepada mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban di luar negara khususnya di Kemboja dan Uganda.

Hero Qurban ini jugatelah memasuki tahun ke-6 berturut-turut. Kali ini membuka peluang qurban di negara-negara berikut:

-Filipina (Lembu)
-Kemboja (Lembu)
-Syria (Kambing)
-Uganda (Lembu)

Harga yang ditawarkan oleh pihak MY Hope Hero ini untuk ibadah korban di luar negara bagi 1 bahagian lembu ialah sebanyak RM450. Manakala, harga bagi seekor lembu pula RM2,999.

Layari tinyurl.com/heroqurban24 untuk maklumat lebih lanjut.

Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.
Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Kami di SAYS Seismik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha!

Semoga urusan ibadah korban anda lakukan pada tahun ini dipermudahkan dan diterima oleh Allah SWT.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: