seismik

Aplikasi Ini Mampu Beri Pengalaman Tunaikan Haji & Pusing Kota Suci Secara Virtual. Wow!

Pengguna juga boleh merasai pengalaman mencium batu hitam Hajarul Aswad tanpa sesak.

Cover image via Muslim 3D

Menunaikan ibadah haji dan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah adalah impian setiap umat Islam

Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.

Image via Melaka Kini

Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97).

Image via Libur

Meskipun begitu, ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental. Allah SWT membuka ruang dan memudahkan semua hambaNya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepadaNya serta memohon limpah rahmatNya dan hidayahNya.

Buat yang belum berkemampuan untuk menunaikan haji atau umrah secara fizikal, kini boleh merasai pengalaman tersebut secara virtual menerusi aplikasi Muslim 3D

Image via Muslim 3D

Muslim 3D merupakan sebuah aplikasi simulator untuk pengguna menikmati tanah suci selain merasai keadaan sebenar di Mekah dan Madinah secara virtual. Menariknya, pengguna juga boleh mendapat pengalaman menunaikan haji dan mencium batu hitam Hajarul Aswad tanpa sesak.

Aplikasi Muslim 3D merupakan hasil ciptaan syarikat aplikasi BIGITEC GmbH yang berpusat di Jerman. Menerusi nukilan dari Arab News, Adan Maqbool menjelaskan, aplikasi ini dibuat sedekat mungkin dengan keadaan sebenar Kota Suci Mekah.

Image via Religion News

"Anda akan merasa seperti benar-benar berjalan di sepanjang jalan Safa dan Marwa, mengalami persekitaran Jamarat dan mengalami tawaf di sekitar Ka'bah," kata Adnan.

Tambah Adnan lagi, begitupun ukuran aplikasinya besar iaitu 285 megabyte namun ianya menawarkan pemandangan 360 darjah dengan resolusi yang cukup tinggi. Hal ini membolehkan pengguna untuk berkeliaran secara bebas di sekitar tempat suci umat Islam.

Image via mzstatic.com

"Kami juga mengambil sekitar 80,000 foto tanah suci dalam resolusi ultra tinggi 8K (7,680 x 4,320 pixel) untuk projek ini yang memungkinkan anda untuk melihat perincian kecil seperti tekstur yang rumit di tiang," kata Adnan.

Walaupun telah dilancarkan sejak 2019, aplikasi ini telah kembali menjadi viral di media sosial baru-baru ini

Seorang pengguna di laman Twitter telah memuat naik dan berkongsikan video pendek yang memaparkan aplikasi simulator tersebut.

Dalam video yang dikongsikan itu, dapat dilihat seorang lelaki memakai pakaian ihram berhampiran Kaabah dan boleh mengelilingi sekitar Tanah Suci.

Buat yang tertarik dengan aplikasi Muslim 3D ini boleh memuat naiknya di Play Store atau Apple Store. Free tau!

Perlu diingat, Haji "maya" ini adalah idea yang baik hanya untuk tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak boleh menjadi pengganti kepada pengalaman haji sebenar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Dah lihat gambar-gambar jemaah Haji melakukan tawaf secara 'social distancing'?

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: