seismik

Pemandangan Indah & Bersejarah Kala Jemaah Haji Melakukan Tawaf Secara 'Social Distancing'

Pada tahun ini, pemerintah Arab Saudi hanya mengizinkan sekitar 10,000 orang sahaja untuk menunaikan haji berbanding tahun-tahun sebelum ini yang mana angka jemaah haji adalah sekitar 2.5 juta orang.

Cover image via Twitter @Hadithoftheday

Menunaikan ibadah haji merupakan impian setiap muslimin dan muslimat untuk menyempurnakan rukun Islam yang terakhir

Image via Sajadah

Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya dengan mengunjungi dan melaksanakan beberapa amalan di beberapa tempat di Mekah serta kawasan yang berhampiran de­ngannya pada musim haji iaitu pada bulan Zulhijah.

Ibadah haji telah pun dilakukan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi pada kurun ketujuh masihi.

Walau bagaimanapun pelaksanaan ibadah haji bagi tahun 2020 ternyata berbeza dari yang biasa kita lihat susulan wabak Covid-19

Pada tahun ini, pemerintah Arab Saudi hanya mengizinkan sekitar 10,000 orang sahaja untuk menunaikan haji berbanding tahun-tahun sebelum ini yang mana angka jemaah haji adalah sekitar 2.5 juta orang.

Image via Kompas

Selain jumlah jemaah yang berkurang secara drastik, pelaksanaan ibadah haji juga dilakukan berpandukan protokol kesihatan demi mencegah penyebaran wabak berkenaan. Salah satunya adalah dengan menerapkan penjarakan sosial atau social distancing ketika tawaf.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di laman Twitter oleh pengguna akaun, @hsharifain, dapat dilihat para jemaah melakukan tawaf qudum atau juga dikenali sebagai 'tawaf selamat datang' dengan cara menjaga jarak serta mengikut garis yang telah ditentukan.

"Pemandangan indah dan bersejarah dari Mataf saat Hujjaj mengelilingi sekitar Kaabah, melakukan Tawaf Al-Qudum sambil berpegang pada penjarakan sosial," tulis Haramain Sharifain.

Di bawah adalah antara gambar menarik sekitar pelaksanaan ibadah haji pada tahun ini:

Alhamdulillah.

Didoakan juga agar semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini, dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: