seismik

Kurangkan Barangan Tingkatkan Amalan, Lelaki Ini Kongsi 6 Checklist Wajib Bawa Ketika Haji

Pihak pengurusan Tabung Haji (TH) telah memberi pesanan kepada semua jemaah untuk membawa hanya satu beg tarik 5kg sahaja untuk perjalanan selama 6 hari 5 malam.

Cover image via Facebook Saudagar Haramain

Menunaikan ibadah haji merupakan impian setiap muslimin dan muslimat untuk menyempurnakan rukun Islam yang terakhir

Image via Sajadah

Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya dengan mengunjungi dan melaksanakan beberapa amalan di beberapa tempat di Mekah serta kawasan yang berhampiran de­ngannya pada musim haji iaitu pada bulan Zulhijah.

Ibadah haji telah pun dilakukan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi pada kurun ketujuh masihi.

Lazimnya, bagi bakal tetamu Allah SWT yang kali pertama mahu berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji sering bertanya mengenai barangan yang perlu dibawa ke Mekah dan Madinah sepanjang tempoh beribadat

Seorang pengguna Facebook, Saudagar Haramain atau Abu Aiman Handzalah, baru-baru ini telah berkongsikan checklist barangan wajib yang perlu dibawa oleh jemaah haji bagi memastikan perjalanan menunaikan ibadah itu berjalan dengan lancar dan tersusun.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

17 Zulkaedah 1439H ~ 21 Days Road to Arafah.

Persediaan demi persediaan sedang dilakukan terutama jemaah haji yang masih belum berangkat ke Tanah Suci Mekah. Tapi realiti sebenar apabila tibanya jemaah di Mekah, selesai sahaja umrah qudum (selamat datang) sudah 30% ibadah haji anda lengkap. Jadi tenang-tenang sahaja yer.

Sebenarnya haji ini sangat mudah dari segi teori cuma susah dalam bentuk praktikal. Sebab kita buat haji sekali seumur hidup. Yang mudahnya setiap tahun orang pergi melaksanakan ibadah haji. Cuma kita sahaja yang prihatin atau tidak ambil tahu berkenaan perjalanan haji. Ramai sahaja yang pernah pergi umrah lagi cepat untuk memahami rukun haji dan pantang larangnya.

Tips kali ini saya ingin kongsikan berkenaan barang apakah yang wajib untuk kita siapkan untuk dibawa dari 8 zulhijjah sehingga 13 zulhijjah di Masyair (Arafah, Mudzalifah & Mina).

Pihak pengurusan Tabung Haji (TH) telah memberi pesanan kepada semua jemaah untuk membawa hanya satu beg tarik yang tertulis 5kg sahaja untuk perjalanan selama 6 hari 5 malam.

Muat tak barang keperluan nak bawa?

Kalau saya pun akan jawab memang tak muat. Apatah lagi hajah-hajah punya barang lagilah tak muat. Kalau tiap kali musim haji sayalah khadam yang akan membantu hajah-hajah mengangkut beg mereka. Dalam ingatan saya hajah-hajah ni bawa batu ke apa? Berat dan padat semacam jer.

Untuk tips bagaimana untuk minimumkan barang yang perlu dibawa, saya senaraikan di bawah seperti berikut:

1. Kain ihram dan telekung

Kain ihram bagi haji-haji, sekurang-kurangnya satu helai sahaja, bukan satu set yer. Satu set kita sudah pakai, so sediakan satu lagi untuk “spare”. Cari kain ihram yang sederhana tebal. Pengalaman saya setiap tahun saya akan bawa sejak 2009-2013. Tapi bila dah boleh biasakan diri 2014-2017 saya terus tak bawa “spare”.

Jangan tiru yer bagi yang kali pertama haji. Menangis nanti. Ihram juga kalau tak guna untuk pakai boleh di buat alas bantal atau selimut di Mina nanti. Aircond sesetengah khemah macam peti sejuk pun ada ikut rezeki masing-masing.

Telekung bagi hajah-hajah, sekurang-kurangnya 2 set telekung. Satu telekung hajah sudah pakai pada hari berangkat, 2 lagi bawa. Seeloknya satu warna putih & satu warna gelap supaya boleh beza yang dah guna atau belum guna.

Suami pun boleh cam telekung hajah masing-masing. Telekung bukan atas bawah tau, mini telekung pakai dengan seluar labuh berwarna.

(Maaf kalau tersilap maksud, sila betulkan di ruangan komen).

Bawa satu helai ihram minta dari suami juga untuk jadikan bantal atau selimut

2. Dua set pakaian untuk dua hari di Mina

Bawa 2 T-shirt dan 2 seluar berwarna atau putih yang nipis untuk dua hari sahaja di Mina.

Satu pakaian selepas tahallul dan satu pakaian lagi pada 12 Zulhijah. Ramai je saya tengok bawa baju Melayu beraya sepanjang perjalanan untuk melontar di jamrah. Baru meriah.

3. Peralatan kebersihan diri

Bawa sabun dalam botol kecil, berus gigi dan ubat gigi yang kecil, botol spray dan botol air minum minima 500ml. 

Gunting kecil atau pencukur wajib ada seorang satu untuk bertahallul nanti.

Elakkan mengharap teman @ suami yang kena bawa. Bawa seorang satu. Sejadah atau tikar untuk lapik di atas pasir. Beli yang murah sahaja dan pakai buang.

Uncang batu & uncang kasut terpulang. Batu kebiasaan letak dalam botol lepas basuh takut ada najis.

4. Powerbank

Bawa powerbank sendiri. Jangan bawa wayar kabel sendiri sahaja. Nanti kawan yang bagi pinjam guna terasa hati. Buat haji ini masing-masing hati tisu tau walaupun dia seorang lelaki yang kuat.

Kalau nak share bawa wayar plug yang kecil seperti dalam gambar dibawah. Memang terbaik siap ada 4 slot USB lagi. Dapat pahala besar siapa yang bawa.

5. Buku bacaan dan Al-Quran

Bawa sedikit buku bacaan & Al-Quran kecil bagi mengisi masa sepanjang perjalanan haji.

Cuma hati-hati jangan letak ditempat jemaah boleh melangkah. Letak dalam sling bag TH jer.

6. Duit belanja

Bawa duit belanja SAR50 kalau nak beli makanan yang dijual di kedai luar khemah.

Makanan pagi di Mina roti & maggi cup sahaja. Itu pun terhad untuk seorang satu. Kalau nak lebih belilah di kedai luar tepi jalan.

Senarai yang saya tulis di atas barang perlu diberikan priority lebih bagi yang mengikut haji sepenuhnya dengan muassasah

Bagi yang ingin berulang ke hotel lagi sikit sahaja barang yg perlu dibawa. Bawa beg galas pun sudah cukup.

Semoga mendapat haji yang mabrur inshaAllah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: