seismik

Bengang Asyik Tangkap Gambar ‘Blur’? Guna Saja Aplikasi Magik Ini Untuk ‘Repair’ Gambar!

Bukan itu sahaja, aplikasi Remini ini bukan hanya membaik pulih gambar kabur ini, tetapi mampu menaikkan kualiti gambar-gambar lama.

Cover image via Twitter @Ruzofficial

Tak sah kalau tak ada gambar-gambar blur dalam telefon bimbit kita

Sama ada gambar itu ditangkap oleh kawan-kawan, ahli keluarga, random stranger, atau diri kita sendiri, boleh dikatakan hampir separuh daripada gambar yang tersimpan dalam telefon bimbit kita mesti ada yang blur dan out-of-focus.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Google

Tidak pun gambar-gambar lama yang telah di-scan lalu di masukkan dalam simpanan memori telefon bimbit. Meskipun kualiti gambarnya adalah usang dan kabur namun ianya sangat sentimental.

Nak buang, sayang. Nak simpan pula, sekadar dalam simpanan sahajalah dan sebagai kenangan kerana jarang sekali kita akan memuat naik gambar-gambar blur ini di dalam mana-mana laman sosial.

Usah risau kerana baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan tentang sebuah aplikasi membaik pulih gambar-gambar blur yang dinamakan Remini

Menggunakan teknologi artificial intelligence (AI), aplikasi ini mampu membuatkan gambar yang blur disunting menjadikan ia kepada kualiti yang lebih jelas.

Bukan itu sahaja, aplikasi Remini ini bukan hanya membaik pulih gambar kabur ini, tetapi mampu menaikkan kualiti gambar-gambar lama.

Susulan tularnya tweet tersebut, rata-rata warganet cuba membuat eksperimen menggunakan aplikasi Remini

Ada yang gembira dengan hasilnya, ada juga yang keliru namun tetap terhibur dengan gambar 'baru' mereka. Berikut adalah antara perkongsian pengguna Twitter mengenai aplikasi ini:

Menarik, bukan?

Buat anda yang mahu mencubanya, anda boleh muat turun aplikasi ini yang tersedia di Android dan iOS.

Memandangkan aplikasi ini memerlukan teknologi AI untuk memproses gambar, maka ia mungkin mengambil sedikit masa dan boleh lanjut sehingga lebih 24 jam untuk mendapatkan gambar yang baru, lebih-lebih lagi berikutan jumlah pengguna yang semakin ramai menggunakan aplikasi ini.

Bukan itu sahaja, buat yang menggunakannya secara percuma, hanya boleh membaik pulih 3 gambar sahaja dalam masa sehari. Sekiranya ingin lebih, perlu membeli aplikasi ini dan menggunakan versi pro.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: