seismik

Ibu Bapa WAJIB Tahu Cara Monitor Kegunaan Telefon Anak Secara Online Dengan Aplikasi Ini

Ibu bapa, tolonglah install. Penting sangat aplikasi ini.

Cover image via Iluminasi

Berita tentang budak lelaki berusia 12 tahun yang telah merogol kanak-kanak berusia 4 tahun baru-baru ini sememangnya telah mengejutkan orang ramai terutamanya ibu bapa

Gambar sekadar hiasan.

Image via Suara Perak

Kejadian tersebut berlaku di rumah pengasuh yang dikatakan telah menjaga mangsa sejak bulan Oktober 2017. Namun, anak pengasuh yang baru berusia 12 tahun telah bertindak melakukan perbuatan jijik tersebut dengan menyuruh mangsa membuka seluar lalu menyentuh kemaluan mangsa.

Sungguh tidak disangka. Semuda 12 tahun dan masih dibangku sekolah, sudah berani berkelakuan seperti itu.

Mengapa?

Puncanya adalah dari penggunaan telefon bimbit tanpa pengawasan ibu bapa. Oleh itu, kanak-kanak ini bebas menggunakan telefon bimbit untuk apa sahaja tujuan dan pada bila-bila masa. Bahaya sebenarnya.

Seorang pengguna Facebook iaitu Azmuhaini Aini telah berkongsi satu aplikasi yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengawasi penggunaan telefon anak masing-masing

Posting tersebut turut mendapat perhatian orang ramai dan meraih lebih 16 ribu shares ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Vocket

Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan. Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua. Dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget. Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar. Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.

App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak. Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerja sekolah.

Tapi semua ada limit.

Untuk ibu bapa di luar sana, boleh install aplikasi ini yang dinamakan 'Google Family Link for parents'

Ini merupakan aplikasi yang boleh anda install di telefon parents.

Image via Azmuhaini Aini / Facebook

Aplikasi ini sangat berguna. Boleh tetapkan waktu. Bila dah habis waktu, telefon tidak boleh digunakan lagi.

Image via Azmuhaini Aini / Facebook

App ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.

App ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.

Aplikasi ini perlu anda install di telefon anda terlebih dahulu. Selepas itu, install juga di telefon anak-anak. Barulah boleh awasi setiap aktiviti mereka.

Password ini juga perlu untuk penggunaan aplikasi ini. Malah, nombor tertera juga akan berubah setiap masa.

Image via Azmuhaini Aini / Facebook

Ibu bapa boleh membuat tetapan di sini.

Image via Azmuhaini Aini / Facebook

1) Application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye. nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan. Untuk hp parent kena install google family link for parent. Dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens.

2) Anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun. kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.

3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.

4) Semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.

Di bawah juga merupakan contoh kalau telefon tak boleh digunakan lagi. haa kakak dia suh tidoq time ni. so dia hanya boleh guna emergency sahaja. iaitu call. parent access tu yang code tadi lah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Allahu, kecik lagi...

You may be interested in: