seismik

Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah & Panduan Doa Yang Anda Boleh Amalkan

Semoga bermanfaat untuk semua. Insya-Allah!

Cover image via Vecteezy & Detik.com

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, bulan Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam kalendar Islam

Terdapat beberapa amalan yang sunnah dapat kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah yang istimewa ini.

Antaranya adalah puasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Begitupun, tiada kelebihan khusus dari hari 1 hingga 8 Zulhijjah namun terdapat kelebihan bagi siapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana pada hari tersebut merupakan Hari Arafah dimana seluruh umat Islam yang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah dan terdapat waktu mustajab untuk berdoa pada hari tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Image via Sirap Limau

Seterusnya melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya AidilAdha atau pada hari Tasyriq. Bagi sesiapa yang berkemampuan, hendaklah mereka merebut peluang ini kerana ganjarannya amatlah besar disisi Allah SWT.

Yang terakhir, kita digalakkan mengagungkan kebesaran Allah dengan berzikir melalui bertahmid, bertasbih, bertahlil dan bertakbir.

Niat puasa sunat hari Arafah 9 Zulhijjah

Image via JAKIM

Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. 

Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]

Panduan doa Hari Arafah yang anda boleh amalkan

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. 

Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

Berikut di bawah adalah himpunan doa yang boleh sama-sama kita amalkan yang disediakan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia untuk panduan kita bersama:

Image via Tabung Haji
Image via Tabung Haji
Image via Tabung Haji
Image via Tabung Haji
Image via Tabung Haji
Image via Tabung Haji

Mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan dan kemudahan agar dapat melaksanakan puasa sunat dan doa hari Arafah dengan tekun serta istiqamah. Selamat beramal!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: