seismik

Daftar Akaun Tabung Haji Online Dengan THiJARI Untuk Kemudahan Semak Baki & Transfer Duit

Pihak Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital ini bermula 5 Februari yang lalu.

Cover image via Google & SAYS

Platform perkhidmatan digital ini dipanggil sebagai THiJARI. Ia diperkenalkan bagi memudahkan lagi urusan pendeposit Tabung Haji.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Untuk para pendeposit yang ingin menggunakan perkhidmatan THiJARI ini, pastikan anda sudah mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu di kaunter TH.

Laman web ini akan membolehkan pendeposit untuk melakukan transaksi seperti:

1) Menyemak akaun
2) Mencetak penyata akaun
3) Membuat pindahan wang
4) Membuat urusan perkhidmatan Haji
5) Melakukan urusan Kelab TaHa secara online

Di bawah merupakan maklumat lebih terperinci tentang perkhidmatan THiJARI ini:

Image via THiJARI
Image via THiJARI

Berikut merupakan antara langkah-langkah mudah sebelum menggunakan THiJARI:

1) Pendeposit perlu memastikan mereka sudah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH.

2) Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit berdaftar.

3) Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log masuk sistem THiJARI.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

Untuk mendaftar pula, boleh rujuk cara-cara yang betul seperti di bawah:

Image via THiJARI

Mudah sahaja bukan?

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa perkhidmatan yang turut ditawarkan oleh THiJARI.

Antaranya:

1) Pendeposit dan pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkas, butiran akaun, rekod transaksi dan baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan juga boleh mengemaskini profil dan penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran.

2) Pelanggan boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Selain itu, bagi urusan tawaran Haji pula boleh didapati dengan lebih mudah. Malah, pelanggan juga boleh memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.

Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

3) Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

Sumber: Sirap Limau | THiJARI

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: