Embryolisse Rai Ulang Tahun 6 Tahun Bersama Guardian Malaysia Di Acara ‘Très Chic! Beauty In Simplicity’

Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, rangkaian produk Embryolisse terus menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia.

Cover ImageCover image via Embryolisse Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama penjagaan kulit ikonik dari Perancis, Embryolisse, merayakan ulang tahun ke-6 kewujudannya di pasaran Guardian Malaysia menerusi majlis sambutan mesra di Eden Social Club Cafe baru-baru ini

Acara bertemakan "Très Chic! Beauty in Simplicity: French Beauty with Embryolisse" itu dihimpuni oleh pengamal media, pempengaruh kecantikan, serta tetamu kehormat bagi menyaksikan demostrasi solekan daripada jurusolek profesional tempatan, Istiqamariah.

Majlis gimik pemotongan reben disempurnakan oleh Ketua Bahagian Penjagaan Kulit Guardian Malaysia, Stephy Siew dan Ketua Pegawai Eksekutif Fusion Cosmetics, David Leow.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, rangkaian produk Embryolisse terus menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia. Produk terlarisnya, Lait-Crème Concentré yang diasaskan pada tahun 1950 oleh pakar kulit Dr. Tricot di Hospital St. Louis, Paris mencatatkan rekod jualan global sebanyak satu tiub bagi setiap tujuh saat.

Pelembap pelbagai fungsi ini turut menjadi kegemaran selebriti antarabangsa seperti Lady Gaga, Sydney Sweeney dan Jackson Wang sebagai asas solekan sebelum penggambaran.

SAYS.com

Ketua Bahagian Penjagaan Kulit Guardian Malaysia, Stephy Siew dan Ketua Pegawai Eksekutif Fusion Cosmetics, David Leow.

Image via Embryolisse Malaysia

Produk kegemaran dan inovasi baharu Embryolisse

Sempena acara ini, tetamu dipertontonkan dengan pelbagai pilihan rangkaian produk utama yang kini boleh didapati di lebih 180 cawangan Guardian seluruh negara serta platform dalam talian:

  • Lait-Crème Concentré: Pelembap pelbagai fungsi yang bertindak sebagai asas solekan, topeng hidrasi, dan susu pembersih solekan.
  • Lait-Crème Sensitive: Penjagaan hipoalergenik tanpa pewangi berasaskan 99 peratus bahan semula jadi yang sesuai untuk seisi keluarga.
  • Lait-Crème Rétinol-Like: Formulasi mesra vegan bagi anti-kedutan menggunakan bahan seakan retinol berasaskan French red clover.
  • Mattifying Moisturizer: Pelembap harian bertekstur ringan khas untuk kulit berminyak, kombinasi, dan berjerawat.
  • Eau de Beauté Rosamelis: Penyegar semburan bunga-bungaan tanpa alkohol untuk menyegarkan kulit.
  • Pratonton Produk Baharu (Lait-Crème Matifiant): Inovasi terkini dari Embryolisse Perancis bagi pengguna yang inginkan kemasan semi-matte, terutamanya pemilik kulit berminyak atau kombinasi.

‎

SAYS.com
Image via Embryolisse MalaysiaImage via

Kerjasama teguh antara Fusion Cosmetics dan Guardian Malaysia dijangka akan terus membawa lebih banyak inovasi penjagaan kulit Perancis yang berkualiti tinggi buat pengguna tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk boleh didapati di cawangan Guardian berdekatan atau dalam talian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: