seismik

Pernah Terfikir Apa Beza Datuk Dengan Dato'? Ini Erti Sebenar Yang Anda Tak Tahu

Sekarang baru tahu! :D

Cover image via Google

Gelaran 'Datuk' merupakan gelaran yang paling selalu didengari. Anugerah ini adalah terhad dan diberi oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sendiri.

Ada juga orang yang telah dikurniakan gelaran Datuk apabila menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN). Selain itu, gelaran ini adalah terhad kepada 200 orang sahaja pada satu masa. Tambahan pula, antara anugerah lain yang membawa gelaran Datuk ini adalah penerima pingat Panglima Setia Diraja (PSD) dan anugerah ini merupakan atas budi bicara YDPA sendiri.

Pian Cecupak, Nash dan Boy Iman dapat Datuk dari Melaka.

Image via Google

Datuk Aaron Aziz dan Datuk Farid Kamil.

Image via Google

Bagaimana pula dengan panggilan Datuk namun ejaan yang berbeza iaitu Dato'. Apakah perbezaan dua pangkat ini pula?

Image via Utusan Online

Untuk penerima gelaran Dato' pula adalah berbeza dengan Datuk. Kerana mereka juga menerima anugerah seperti:

1) Johor: Penerima anugerah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor atau tiga lagi anugerah.

2) Kedah: Penerima anugerah Darjah Paduka Mahkota Kedah atau Darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah.

3) Kelantan: Penerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) atau tujuh lagi anugerah yang lain.

4) Negeri Sembilan: Penerima anugerah Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan atau empat lagi anugerah yang lain.

5) Pahang: Penerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang atau Darjah Indera Mahkota Pahang dari Sultan Pahang.

6) Pulau Pinang: Penerima anugerah Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri dan Darjah Setia Pangkuan Negeri.

7) Perak: Penerima anugerah Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini dan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak.

8) Perlis: Penerima anugerah Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis atau tiga anugerah lain.

9) Selangor: Penerima anugerah Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor atau dua anugerah lain.

10) Terengganu: Penerima anugerah Seri Paduka Mahkota Terengganu atau tiga anugerah lain.

Image via Berita Harian

Namun, bagi menyelaraskan ejaan, perkataan Datuk telah digunakan dalam media massa sama ada akhbar dan sebagainya untuk memudahkan masyarakat membacanya.

Manakala, gelaran Tun dan Tan Sri pula hanya dari Persekutuan

Image via Berita Harian

Bagi gelaran 'Tun' dan 'Tan Sri' pula merupakan Darjah Kebesaran Persekutuan yang HANYA dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Gelaran 'Tun' pula merupakan gelaran anugerah tertinggi negara dan dikurniakan kepada Yang Dipertua Negeri, Ketua Hakim Negara dan juga mantan Perdana Menteri.

'Tan Sri' adalah gelaran kedua tertinggi dan panggilan hormat bagi anugerah ini. Sama juga seperti 'Datuk' iaitu Yang Berbahagia (YBhg). Manakala, isteri kepada Tan Sri akan bergelar 'Puan Sri'.

Menurut informasi lain pula, di Johor dan Selangor, gelaran Dato' hanya akan diberikan untuk lelaki, bukan wanita

Image via Kosmo

Di kedua-dua negeri ini, gelaran Dato' hanya akan digunakan oleh penerima lelaki sahaja. Malah, sekiranya penerima Darjah Kebesaran ini adalah seorang wanita, gelaran yang bakal digunakan ialah Datin Paduka (termasuk Datin Paduka Seri dan Datin Paduka Setia di Selangor).

Oleh itu, untuk wanita yang berasal negeri Johor dan Selangor, untuk mereka yang bergelar Datin Paduka merupakan individu yang menerima Darjah Kebesaran tersebut dan tidak bermaksud yang pasangan mereka mempunyai gelaran Dato' Paduka.

Tiada gelaran Datin akan diberikan untuk isteri Dato' di negeri Terengganu

Image via Google

Untuk pengetahuan anda, secara lazimnya, isteri kepada individu yang bergelar 'Datuk' atau Dato' akan memakai gelaran 'Datin'. Namun, lain pula bagi penerima Darjah Kebesaran Negeri Terengganu, isteri kepada Dato' akan memakai gelaran To' Puan (ianya berbeza dengan gelaran 'Toh Puan' yang digunakan untuk isteri kepada suami yang bergelar 'Tun').

NOTA: Di Negeri Johor, gelaran rasmi untuk isteri yang mempunyai suami yang bergelar Dato' adalah Datin Dato' (nama suaminya) dan bukan menggunakan nama sendiri.

Sarawak merupakan negeri yang paling banyak gelaran kebesaran yang berbeza iaitu:

Datu Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Besar Sarawak.

Image via thesundaily

Di Johor dan Kelantan, penerima Darjah Kebesaran Kelas Pertama mahupun kelas kedua membawa gelaran yang sama iaitu YB Dato'.

Lain pula di negeri Sarawak, mereka mempunyai 7 Darjah Kebesaran yang membawa gelaran yang berbeza, iaitu:

1) Pehin Sri
2) Datuk Patinggi
3) Datuk Amar
4) Dato Sri
5) Datuk
6) Dato
7) Datu

NOTA: Gelaran 'Datu' di Sarawak adalah gelaran kehormat dan berbeza penggunaan nama 'Datu' yang diwarisi secara turun-temurun oleh beberapa keluarga di Sabah.

Kesimpulannya, gelaran Dato' yang dikurniakan oleh individu yang mengaku dirinya waris keturunan Maharaja Nusantara, Raja Majapahit, Sultan Negeri Pasir Berdengung, Raja Negeri Isketambola dan lain-lain lagi merupakan satu penipuan dan penerima gelaran tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: Sos Cili | OMM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik dan terkini hanya di SAYS SEISMIK:

More stories to read: