seismik

Estranged Dedah Foto 'Scammer' Dan Bongkar Satu Per Satu Kronologi Kes Tipu Eziana

Nampaknya, Eziana ni memang seorang 'scammer' yang sangat profesional dan berpengalaman.

Cover image via SAYS

Kami pasti ramai yang telah sedia maklum mengenai kes scam yang melibatkan kumpulan alternatif rock tempatan, Estranged dengan seorang wanita bernama Eziana

Image via SAYS

Estranged yang dianggotai oleh Rich, Hanafi dan Din memberitahu mereka telah dijemput oleh seorang wanita tempatan bernama Eziana Abd Aziz untuk membuat persembahan di 'Apple Music Christmas Festival' di United Kingdom.

Wanita tersebut telah memperkenalkan diri beliau sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc. (Pejabat London).

Eziana Abd Aziz.

Image via Estranged

Namun begitu, perkara itu tidak benar dan terbukti Estranged telah terjerat dalam satu scam yang dirancang rapi oleh Eziana.

Baca cerita penuh di sini.

Kronologi kes:

26 Julai 2016: Eziana menghantar direct message kepada Din di Facebook, sambil mendakwa beliau adalah seorang peminat

Image via Estranged

30 Julai 2016: Eziana sekali lagi menghantar direct message kepada Din, kali ini mendakwa beliau terlibat dalam sebuah projek di London

Eziana menunjukkan minat untuk menjemput Estranged datang ke sana bagi membuat persembahan di sebuah showcase di Denmark Street, London. Oleh itu, Eziana memohon untuk bertemu Estranged untuk perbincangan lebih lanjut.

Image via Estranged

9 Ogos 2016: Eziana dan Estranged bertemu dalam satu meeting. Ketika pertemuan tersebut:

Eziana memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc. (Pejabat London).

- Eziana memberitahu bahawa terdapat sebuah festival muzik anjuran Apple Music yang diberi nama 'Rockfest Festival' yang akan diadakan di London pada Oktober 2016.

- Eziana juga mendakwa lagu 'Hancur Aku' nyanyian Estranged dan Fazura menjana trafik yang tinggi di iTunes.

- Disebabkan itu, Eziana mendakwa beliau telah diarah oleh pegawai tingginya, Lee Jee Un untuk mendapatkan khidmat Estranged dan berbincang tentang kemungkinan untuk Estranged membuat persembahan di 'Rockfest Festival'.

- Estranged bersetuju dengan tawaran tersebut.

Foto Eziana bersama Estranged pada malam meeting berkenaan.

Image via Estranged

Eziana turut muat naik gambar mereka di FB miliknya.

Image via Estranged

2 September 2016: Eziana menghubungi Din melalui WhatsApp dan menghantar screenshot sebuah email

Kandungan email tersebut mengatakan permohonan Estranged untuk membuat persembahan di 'Rockfest Festival' telah dihantar oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London City Council.

Image via Estranged

8 September 2016: Eziana sekali lagi berhubung dengan Din, dan memberitahu bahawa Estranged tidak dapat membuat persembahan di 'Rockfest Festival'

Selain Estranged, kumpulan Wolfmother dari Australia dan Mando Diao dari Sweden juga menerima nasib yang sama, semuanya disebabkan kelewatan memohon permit.

Image via Estranged

Walaupun begitu, Eziana meyakinkan Estranged bahawa mereka masih berpeluang untuk membuat persembahan pada bulan Disember, kali ini di empat lokasi berbeza iaitu di London, Manchester, Leeds, dan Liverpool dalam satu jelajah akhir tahun Apple Music.

Image via Estranged

Eziana turut menghantar itinerari dan tentatif program tersebut kepada Din.

Image via Estranged
Image via Estranged

9 November 2016: Eziana menghantar email kepada pengurus Estranged yang mengandungi kontrak sempena 'Apple Music New Year Festival'

Image via Estranged

24 November 2016: Eziana menghantar email sekali lagi kepada pengurus Estranged beserta lampiran invitation letter kononnya daripada seorang Pengarah Apple Music bernama Adam TL Wilson.

Image via Estranged

30 November 2016: Eziana menghubungi pengurus Estranged melalui WhatsApp dan memberitahu pengumuman berkenaan Apple Music Festival akan dibuat secara rasmi di laman web Apple pada 7 Disember 2016.

1 Disember 2016: Eziana menghantar screenshot slip pembayaran yang didakwa dikeluarkan oleh Credit Suisse menunjukkan pemindahan dana sebanyak £5,000 dari Apple Inc kepada Bornaya Records

Image via Estranged
Image via Estranged

7 Disember 2016: Tidak ada sebarang pengumuman rasmi langsung di laman web Apple berkenaan 'Apple Music Festival'

19 Disember 2016: Pegawai tinggi Eziana, Lee Jee Un mendakwa pemindahan dana sebanyak £5,000 ke Bornaya Records oleh Apple Inc telah diterbalikkan oleh Bank Negara. Lee Jee Un turut mengemukakan bukti borang tuntutan yang didakwa dikeluarkan oleh Credit Suisse bagi memudahkan tuntutan bagi yuran persembahan.

Image via Estranged

Selepas pengumuman rasmi dari Apple tidak keluar, pengurus Estranged menghubungi wakil dari Apple Music Press, Mandy Hershon untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai 'Apple Music Festival'

Malangnya, pengurus Estranged telah dimaklumkan bahawa Apple kini sedang menyiasat aktiviti penipuan dan aduan yang sama juga telah dibuat oleh artis lain kepada Apple sebulan yang lalu.

Kini, Eziana telah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi

Dalam sidang media tempoh hari, Estranged memberitahu mereka bukanlah artis pertama yang didekati Eziana. Lantas, mereka membuat keputusan untuk mendedahkan identiti Eziana kepada umum agar beliau tidak terlepas. Jika dibiarkan, besar kemungkinan Eziana akan menjerat artis lain pula.

Image via Estranged

Kes ini bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi. Estranged telah memfailkan tuntutan saman sebanyak RM100,000 terhadap Eziana di atas perbuatan salah laku menipu.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nama Estranged trending di Twitter dua minggu lepas berpunca daripada kes tipu ini:

You may be interested in: