Etnik Rohingya Buat Sekolah Di Kampung Ladang Titian Bikin Penduduk Setempat Bimbang
Difahamkan, bangunan yang dijadikan bilik darjah pada asalnya adalah kedai runcit milik penduduk tempatan.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penduduk gusar dengan kehadiran premis yang dijadikan sekolah untuk etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu sejak Februari lalu
Menerusi laporan Berita Harian, pusat pengajian khas untuk kanak-kanak etnik Rohingya berusia antara empat dan 15 tahun itu didapati menggunakan papan lapis sebagai dinding serta menerima bekalan elektrik serta air bersih.
Bangunan yang dijadikan pusat pendidikan untuk menempatkan antara 30 dan 50 kanak-kanak etnik Rohingya itu dilaporkan telah disewa daripada penduduk tempatan.
Tinjauan bersama pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terdapat meja dan kerusi serta pelbagai peralatan mengajar termasuk papan hitam.

Penduduk memaklumkan tidak selesa akan sikap ibu bapa dan pelajar etnik rohingya terbabit
Seorang penduduk tempatan, Wan Mohamad Hafizul Wan Ismail, 53, berkata ibu bapa pelajar berkenaan bersikap ego di samping remaja dan kanak-kanak yang belajar di sekolah berkenaan bersikap 'besar kepala' apabila tidak mengendahkan larangan penduduk, terutama apabila ditegur kerana membuang sampah dan sisa makanan merata.
"Sesi pembelajaran bermula pada jam 8 pagi hingga jam 4.30 petang dan mereka dihantar menggunakan kereta serta van yang disewa khas daripada penduduk tempatan.
"Sebelum pindah ke sini (Kampung Ladang Titian), golongan etnik itu beroperasi di sebuah rumah pangsa di Taman Sri Kolam," katanya.
Menurutnya, ibu bapa pelajar etnik itu bukannya menetap di kampung berkenaan, sebaliknya datang dari Seberang Takir dan daerah lain.

Penguat kuasa pernah menjalankan pemeriksaan sebelum ini
Bagi seorang suri rumah pula, Suzaimi Zahari, 42, berkata dua lelaki yang juga daripada etnik Rohingya telah diberi tanggungjawab sebagai guru untuk mengajar remaja dan kanak-kanak di sekolah terbabit.
"Remaja yang menuntut di sekolah itu bersikap kurang ajar dan pernah bergaduh apabila ditegur penduduk tempatan kerana membuat bising serta tidak menjaga kebersihan.
"Pegawai penguat kuasa termasuk Jabatan Imigresen negeri pernah beberapa kali membuat pemeriksaan tetapi mereka memiliki kad UNHCR," katanya.
Katanya, sekolah itu sudah menghentikan operasi sejak Selasa lalu selepas ia tular di media sosial sebelum tindakan diambil pihak penguat kuasa.
Difahamkan, bangunan yang dijadikan bilik darjah pada asalnya adalah kedai runcit milik penduduk tempatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


