seismik

Peluh Di Malam Hari & Nafas Pendek, Antara Simptom 'EVALI', Penyakit Baru Disebabkan Vape

Rokok dan vape, sama-sama memudaratkan.

Cover image via Stat News & Science News

Penggunaan rokok elektronik (e-cigarette) atau vape menjadi alternatif untuk perokok berhenti merokok

Image via New York Post

Bukan itu sahaja, tetapi pasaran vape sememangnya tengah laris di pasaran. Siapa sahaja yang menghisap vape akan tampak lebih ‘cool’ mengikuti trend terkini.

Meskipun begitu, adalah dipercayai bahawa mereka yang menghisap vape (bernikotin) boleh sahaja terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya yang turut menjejaskan kesihatan berikutan kandungan cecair vape tidak jelas dan tiada bukti penggunaannya adalah selamat.

Tahukah anda penyakit yang berpunca daripada amalan menghisap vape kini mempunyai namanya tersendiri iaitu EVALI atau e-cigarette atau vaping product use-associated lung injury

Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan Scientific American, penyakit EVALI telah meragut 35 nyawa dan menyebabkan lebih kurang 1,600 yang lain dimasukkan ke hospital.

Image via Science News

Bukan itu sahaja, angka kes melibatkan penyakit ini terus meningkat setiap minggu di seluruh negara berkenaan melibatkan 49 negeri.

“Malangnya, semakin ramai dimasukkan ke hospital akibat kecederaan paru-paru setiap minggu,” kata Dr. Anne Schuchat, wakil Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika.

Penyakit EVALI mula dikenalpasti apabila sejumlah pesakit yang mengalami masalah pernafasan dimasukkan ke hospital setelah menggunakan rokok elektronik

Pesakit-pesakit itu telah dibenarkan untuk pulang setelah mendapatkan rawatan, namun dimasukkan semula ke hospital dalam lima sehingga 55 hari setelah dibenarkan pulang, dipercayai disebabkan paru-paru pesakit yang dilemahkan penyakit EVALI itu atau corticosteroids yang digunakan untuk merawat kondisi tersebut.

Image via BBC

Namun begitu, Anne mendakwa ia berkemungkinan akibat penggunaan semula vape oleh pesakit berkenaan.

Walau bagaimanapun CDC turut mengingatkan petugas kesihatan agar terus berwaspada dengan penyakit flu serta virus pernafasan lain apabila perubahan musim berlaku.

Image via WTVA

Hal ini kerana kedua-dua penyakit itu mempunyai persamaan simptom dengan EVALI seperti nafas pendek, peluh di waktu malam, rendah kandungan oksigen dan kewujudan tompok-tompok pada paparan sinar X paru-paru.

Walaupun punca utama penyakit ini belum dikenalpasti secara jelas, kebanyakan pesakit dilaporkan menggunakan produk mengandungi THC, bahan aktif dalam ganja yang dipercayai menyumbang kepada penyakit berkenaan.

CDC juga tidak menafikan sekiranya ia mempunyai lebih dari satu punca.

Berhenti je lah merokok ke vaping ke shisha ke sebab semua itu memudaratkan. Boleh?

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: