Faisal Halim Dedah Apa Yang Dikatakannya Kepada Son Heung Min Semasa Pengadil Tunggu VAR
Lah, itu rupanya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keputusan seri menentang Korea Selatan tempoh hari membuktikan Malaysia mampu bersaing di peringkat tertinggi Asia
Bukan itu sahaja, ini juga menunjukkan bahawa pemain-pemain negara mampu memberi tentangan hebat kepada pemain bola sepak bertaraf dunia seperti Son Heung Min, Hwang Hee Chan dan Kim Min Jae.
Baru-baru ini, tular sebuah video rakaman dari tempat duduk penonton memaparkan pemain sayap negara, Faisal Halim sedang berbincang sesuatu dengan kapten pasukan lawan, Son Heung Min.
Rakaman tersebut mendapat perhatian ramai apabila apa yang dibincangkan itu kelihatan menarik di mana ketika itu mereka sedang menunggu keputusan pengadil tentang kekasaran yang berlaku di dalam kotak penalti terhadap Arif Aiman.
Faisal hanya menjelaskan kepada Son bagaimana kekasaran itu berlaku menyebabkan pengadil hentikan permainan dan memeriksa VAR
Susulan tularnya video tersebut, persoalan mula timbul di fikiran ramai tentang apa yang dibincangkan mereka ketika itu.
Faisal Halim tampil berkongsi dalam satu temu bual menceritakan apa yang dikatakan kepada pemain Tottenham Hotspur itu.
Faisal menceritakan dia mengatakan pada Son foul itu adalah penalti dan Son membalas rakan sepasukannya hanya menyepak bola dan menidakkan kekasaran yang berlaku.
Faisal Halim kemudian mengatakan kepadanya untuk menunggu keputusan VAR menyebabkan kapten Korea itu dilihat terus tidak senang hati.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!