seismik

[VIDEO] Customer Selamba Curi Tukar Kasut Lain Di Kedai Bundle Ini Buat Ramai Bengang

Perangai macam ni elok bawa pergi balai je terus.

Cover image via JBR Bundle (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perniagaan bundle sememangnya sebuah perniagaan pakaian yang terkenal di Malaysia

Penjualan pakaian terpakai masih meriah dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira kedudukan di samping dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki pelbagai pilihan dalam memilih pakaian.

Walau bagaimanapun, perniagaan ini masih lagi tidak terlepas daripada isu kecurian walaupun antara tujuannya sendiri adalah untuk membantu orang ramai berjimat.

Menerusi sebuah hantaran olah JBR Bundle di Facebook, pusat jualan pakaian itu berkongsi sebuah rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki dan wanita dipercayai sebuah pasangan mencuri di premis tersebut.

Sebelum ini premis tersebut juga pernah berkongsi rakaman seorang lelaki menukar dan mencuri kasut

Menerusi hantaran tersebut, premis pusat pakaian itu turut berkongsi bahawa dalam tahun ini saja sudah ramai yang tertangkap dan dibawa ke balai.

Notis juga sudah dipaparkan di hadapan kedai mengatakan jika tertangkap perlu dibayar sebanyak lima kali ganda.

Sebelum ini, premis tersebut juga ada berkongsi sebuah rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki melakukan modus operandi yang sama dengan menukar kasut yang dipakainya ketika memasuki premis dengan kasut yang dijual.

Lihat video-video tersebut di bawah:

Elok tampal saja muka-muka pencuri ni depan kedai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: