seismik

'Saya Terlalu Gementar' - Mimpi Jadi Kenyataan, Faiz Subri Juara Anugerah Puskas FIFA

Malaysia Boleh! Haria Penang Haria!

Cover image via SAYS via AFP

Masih ingat lagi pada Februari tahun lepas, nama Faiz Subri menjadi sebutan orang ramai sebaik sahaja menjaringkan gol "gila" dalam satu perlawanan menentang Pahang

Faiz Subri, pemain pasukan Pulau Pinang menjaringkan gol yang dianggap 'melawan hukum fizik'. Tanyalah mana-mana pemain bertaraf dunia di luar sana, pasti mereka sendiri tidak mampu melakukan sepakan percuma sebegitu.

Artikel penuh di sini.

Jom layan video di bawah:

Dan dalam sekelip mata, gol tersebut mendapat perhatian seluruh dunia, sehingga melayakkannya untuk bertanding dalam Anugerah Puskas FIFA

Atas undian orang ramai, gol Faiz Subri tersenarai dalam 10 terbaik, sebaris dengan gol dari Lionel Messi dan Neymar yang turut sama merebut anugerah ini.

Image via FIFA

Sokongan padu dari rakyat Malaysia kemudian melonjakkan gol Faiz Subri ke dalam senarai 3 teratas, sekali gus melayakkan beliau untuk hadir ke pentas berprestij dunia yang diadakan di Zurich, Switzerland pada 9 Januari 2017.

Berkat usaha dan doa selama ini, akhirnya mimpi jadi kenyataan. Faiz Subri dinobat juara Anugerah Puskas FIFA!

Image via Getty Images

Sebelum ini, belum pernah ada lagi mana-mana pemain dari Benua Asia yang menjuarai anugerah ini. Faiz Subri adalah pemain pertama yang layak. Anak kelahiran Air Hitam, Kedah ini bukan sahaja mengharumkan nama negara malah turut membawa pulang satu kejayaan besar buat Asia.

Image via AFP

Faiz Subri memenangi anugerah ini dengan mengalahkan Marlone dari Brazil di tempat kedua dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela di tempat ketiga. Beliau menjadi pemain terbaru untuk merangkul Anugerah Puskas FIFA selepas Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013), James Rodriguez (2014) dan Wendell Lira (2015).

Faiz Subri (kanan) berdiri di atas pentas sebaris dengan bintang bola sepak ternama dunia dari pasukan Real Madrid termasuk Cristiano Ronaldo.

Image via Getty Images

Saksikan ucapan bersejarah Faiz Subri di sini:

Faiz Subri mengaku bahawa beliau terlalu gemuruh untuk memberi ucapan di atas pentas. Bertambah gementar apabila teks ucapan yang dicari dalam telefon bimbit tidak dijumpai pada mulanya sehingga mencuit hati para penonton yang hadir. Mujur beliau tidak mengambil masa terlalu lama.

Ini pula koleksi gambar kenangan yang sempat Faiz Subri muat naik ke laman Twitter beliau. Sejujurnya, kami jealous tengok gambar-gambar ni. :P

Bergambar bersama Gaizka Mendieta, Diego Maradona, dan Roberto Carlos.

Image via WhatsApp

Bekas pengurus lagenda Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Image via Twitter @faizsubri113

Penjaga gol terbaik dunia dari Bayern Munich, Jerman, Manuel Neuer.

Image via Twitter @faizsubri113

Dan yang paling epik tentunya ber-selfie bersama...

Cristiano Ronaldo!

Image via Twitter @faizsubri113

Jutaan tahniah Faiz Subri! Satu Malaysia bangga dengan hang!

Image via ESPN

Terlepas artikel sebelum ini?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: