Pakar Psikiatri Ini Bongkar Rahsia Jika Pasangan Anda Seiras, Ada Maksud Di Sebaliknya
Eh, kenapa muka seiras?
Orang kata kalau pasangan muka seiras ini, jodoh mereka kuat
Sebenarnya tak dapat dipastikan sama ada fakta itu sahih atau tidak namun ternyata ramai yang mempercayai perkara tersebut. Sebab itu jugalah ramai yang terikut-ikut nak cari pasangan muka seiras ni, kononnya sebab nak jodoh kuatlah.
Jika sudah tertulis jodoh anda dengan seseorang yang berwajah seiras, maka itulah rezeki anda. Apa-apa pun, paling penting adalah kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan.
Tahukah anda, ada kajian yang dibuat mengenai pasangan yang berwajah seiras. Menarik bukan?
Menurut seorang pakar psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zain yang telah menulis perkongsian tersebut di laman Twitter miliknya menerangkan dengan lebih jelas mengenai isu tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 8 ribu ulang kicau dan juga lebih 7 ribu tanda suka.