seismik

"Sensitif Tapi Kreatif" - Ini 8 Fakta Menarik & Comel Tentang Perdana Menteri Msia, Tun M

Ah, comelnya! Tak sangka pula Tun M macam ini. :D

Cover image via Google

Seperti yang kita semua sedia maklum, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia yang disanjungi iaitu Tun Dr Mahathir. Beliau telah mencecah usia 93 tahun pada hari ini.

Image via Google

Tun M telah mengharumkan negara Malaysia dan mencipta sejarah ketika dilantik kembali untuk menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua. Belum pernah dalam sejarah Malaysia, bekas Perdana Menteri dilantik kembali oleh rakyat untuk memimpin negara.

Oleh itu, terbukti bahawa Tun M begitu disanjungi oleh rakyat Malaysia. Pengorbanan yang dilakukan oleh Tun M tidak dapat dibalas oleh semua. Ini kerana walaupun sudah meningkat usia, namun beliau masih lagi bekerja keras untuk menyelamat dan memimpin negara Malaysia yang dicintai.

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Tun M dan juga hari yang begitu bermakna kerana seorang tokoh seperti Tun M masih lagi rela untuk memikul tanggungjawab berat mengemudi negara dengan penuh tenaga yang terdapat pada dirinya sepanjang usia lebih sembilan dekad.

Image via Discover KL

Happy birthday, Tun M!

Sempena hari kelahiran Tun M yang ke 93 ini, kami menyediakan beberapa senarai fakta yang mungkin anda masih belum tahu tentang Perdana Menteri kesayangan semua ini.

Lihat senarai di bawah:

1. Tun M tidak suka menerima hadiah pada hari ulang tahun kelahirannya

Perkara ini adalah kerana beliau berfikiran bahawa orang lain mungkin akan mengambil kesempatan dengan memberikan hadiah yang bukan-bukan serta niat yang tidak betul.

Image via Google

2. Tun M adalah seorang yang KREATIF namun SENSITIF

Tun M juga dikatakan sangat mudah untuk mengalirkan air mata apabila hatinya tersentuh melihat sesuatu atau kejadian yang tidak diingini terjadi kepada bangsanya atau dirinya sendiri.

Apa pula yang dikatakan Tun M ini kreatif? Jika anda ingin tahu, Tun Dr Mahathir dianggap seorang pemikir dan revolusiner. Beliau inginkan perubahan untuk berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Beliau juga inginkan menaikkan nama Malaysia untuk dikenali dalam pentas dunia.

3. Apabila berkunjung ke KLCC, Tun M biasanya akan meluangkan masa untuk memilih dan membeli buku kesukaannya

Tun M biasanya akan berkunjung ke mana-mana kedai buku jika beliau mempunyai masa lapang untuk membeli buku kesukaannya. Beliau juga akan mengambil masa yang agak lama untuk memilih, termasuklah ketika beliau berada di luar negara.

Ini kerana salah satu hobinya adalah membaca. Yang paling hebat, Tun M mampu untuk membaca walaupun tanpa memakai kaca mata. Ini kerana beliau mengatakan matanya masih kuat lagi.

Image via The Coverage

4. Tun M boleh melelapkan mata di mana-mana pada bila-bila masa sahaja. Sleepyhead rupanya Tun M kita ni. :P

Tun M juga dikatakan boleh melelapkan mata di mana sahaja beliau berada termasuk dalam kapal terbang atau di pejabat. Jika di pejabat, beliau boleh lelap selama 30 minit ketika sedang menjalankan tugas. Namun, bukan dalam keadaan baring ya, terduduk di kerusinya sendiri.

Beliau akan power-nap sementara selepas makan tengahari atau selepas waktu Zohor.

Image via SAYS Malaysia

5. Sarapan pagi Tun M adalah sangat ringkas dan simple sahaja. Begitu juga dengan rutin makanan harian beliau.

Tun M hanya memerlukan sekeping roti bakar, sehiris buah dan juga segelas kopi untuk memulakan harinya. Beliau juga akan mengambil kopi buat kali kedua pada jam 10 pagi ketika di pejabat. Pada waktu malam pula, jika beliau berada di luar kawasan Kuala Lumpur, beliau lebih suka minum air berperisa coklat.

Beliau juga suka makan mi segera, namun pengambilannya dikurangkan dan beliau juga tidak makan ikan segar. Namun, baru-baru ini Tun M sudah jarang mengambil nasi. Hanya lauk sahaja, dan sayur kegemaran beliau adalah Salad.

Wah, vegetarian Tun sekarang!

Image via Google

6. Terdapat satu perkara yang akan sentiasa diingati dan sentiasa segar diingatan beliau sehingga kini

Tun M juga mengatakan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang politik pada tahun 1945. Itu merupakan salah satu keputusan paling besar yang pernah beliau buat dan akan sentiasa mengingati perkara tersebut sehingga kini.

Image via Sinar Harian

7. Negara yang paling Tun M suka untuk lawati adalah Jepun. Kenapa?

Menurut Tun M, bangsa Jepun adalah bangsa Asia yang pertama dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat. Berlawan dengan Rusia, Jepun mampu untuk menang. Walaupun beliau tidak pernah suka bagaimana cara Jepun memerintah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua, namun menurutnya bangsa Melayu harus menjadikan Jepun sebagai contoh kerana mereka mempunyai jati diri yang begitu kuat dalam dunia moden hari ini.

Image via Kosmo

8. Tun M juga menegaskan bahawa beliau tidak suka berehat, di usia beliau, beliau lebih suka untuk bergerak aktif

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak berehat terlalu lama lebih-lebih lagi ketika usia semakin meningkat. Beliau yang juga Perdana Menteri paling tua di dunia menjelaskan bahawa otot-otot akan rosak jika tidak digunakan.

Begitu juga dengan dengan otak, menurut Tun M, jika anda tidak selesaikan masalah, tidak membaca dan tidak menulis, otak akan mudah untuk menjadi nyanyuk. Jadi, perlulah sentiasa aktif.

Menarik sangat bukan? Sedikit demi sedikit kita semua boleh mengenali Tun M dengan lebih rapat. :)

Rakyat Malaysia di laman Twitter juga turut memuat naik ucapan untuk Tun M sempena ulang tahun kelahirannya hari ini! #TunM93

Lihat ucapan mereka di bawah:

Tonton klip video comel ini ketika seorang kanak-kanak menemubual Tun M dan isterinya, Tun Siti Hasmah:

Hello TUNs - Malaysia's Amazing Couple

Malaysia's Prime Minister, Tun Dr. Mahathir, and his wife, Tun Dr. Siti Hasmah, meet their toughest interviewer ever - a curious 10 year old - on their Birthdays where they turn 93 years old & 92 years old respectively. Catch Kashika unleash the cheeky side of the TUNs. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah, berdepan dengan sesi temu bual paling sukar yang pernah mereka hadapi pada hari ulang tahun kelahiran ke-93 dan ke-92 mereka. Lihat bagaimana Kashika serlahkan sisi berbeza kedua-dua Tun ini. #HelloTUNs #AstroGempak #TunM93 #TunSiti92 #TunMahathir #TunSitiHasmah #SelamatHariJadiTunMdanTunSiti #AmazingMalaysians #AmazingCouple #CoupleGoals

Posted by Astro Gempak on Monday, July 9, 2018

Selamat ulang tahun yang ke 93, Tun M! Ikhlas dari kami team SEISMIK! :)

Image via SAYS

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cuba tengok macam mana Tun M sambut hari jadi ke-90 tiga tahun lepas. Siap ada Elsa!

You may be interested in: