seismik

Tiada Kaki Dan 7 Lagi Fakta Tentang Kisah Hidup Pengasas Pasar Raya 99 Speedmart. Hebat!

Tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Cover image via toodia.my

Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha. Begitu juga dengan kisah hidup seorang pengusaha pasar raya yang terkenal iaitu 99 Speedmart yang begitu terkenal dengan harga yang rendah berbanding pasar raya lain.

Image via yelpcdn.com

Mungkin segelintir masyakarat masih belum mengenali siapa sebenarnya tulang belakang pasar raya 99 Speedmart ini. Kini kisahnya telah viral di laman sosial dan memberikan semangat yang tidak putus untuk masyarakat yang berfikiran bahawa mereka tidak mempunyai matlamat hidup hanya kerana tidak sempurna.

Pengasas pasar raya 99 Speedmart Sdn Bhd yang dikenali sebagai Lee Thiam Wah ini membuktikan tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Jom kita baca serba sedikit fakta tentang kehidupan beliau yang akan membuatkan anda semua teruja!

1. Dilahirkan pada tahun 1964 dan diserang sakit kronik yang membuatkan beliau kehilangan kaki

Penyakit yang dihadapi adalah dikenali sebagai polio. Penyakit itu telah menyerang beliau sejak kecil dan menyebabkan beliau kehilangan kaki dan terpaksa berkerusi roda. Manakala ayahnya seorang buruh pembinaan, ibunya pula penjaja dan beliau mempunyai 11 orang adik-beradik.

2. Bersekolah hanya sehingga darjah 6

Oleh kerana keluarganya kesempitan wang ketika itu, beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6. Malah, pada waktu kecil, ibunya pernah bertanya kepada beliau, "Kamu cacat dan tidak bersekolah tinggi. Sekiranya kamu tidak bekerja keras, apa akan jadi dengan kamu?"

Namun, perjuangan beliau tidak berhenti setakat itu.

3. Cuba untuk menjual makanan ringan di tepi jalan

Gambar sekadar hiasan

Image via SifuFBads

Oleh kerana keadaan beliau yang tidak mengizinkan, beliau tiada pilihan lain selain menjual makanan ringan di pinggir jalan untuk mendapatkan pendapatan sara hidup.

Usaha beliau membuahkan hasil apabila pada usia 23 tahun, beliau boleh mengumpul RM5,000 untuk dijadikan sebagai modal membuka sebuah kedai runcit di Klang.

4. Menjual kedai runcit tersebut untuk membuka pasar mini

Gambar sekadar hiasan

Image via Corporate GISB Holdings

Perancangan beliau kini semakin membesar. Pada tahun 1993, beliau telah menjual kedai runcit yang dibuka itu pada harga RM88,000! Duit itu pula dijadikan modal untuk beliau membuka pasar mini pertama.

5. Pasar mini itu telah mensasarkan pelanggan berpendapatan rendah dan pekerja warga asing

Gambar sekadar hiasan

Image via Pos Belitung - Tribunnews.com

Pada mulanya, pasar mini itu hanya beroperasi di Klang dan dikatakan telah mensasarkan pelanggan yang berpendapatan rendah dan juga pekerja warga asing yang mempunyai kos sara hidup yang minimum.

Strategi pemasaran mereka menjadi lebih kuat dengan tagline yang digunakan untuk menarik perhatian pelanggan iaitu "Dekat lagi murah".

7. Menukar nama kepada 99 Speedmart pada tahun 2000

Image via The Vocket

Dengan rezeki yang tidak putus, beliau telah menukar nama mini market itu kepada 99 Speedmart menjelang tahun 2000.

8. Telah memiliki 1,000 cawangan 99 Speedmart di seluruh negara Malaysia

Image via The Star

Setakat tahun 2018, pasar raya 99 Speedmart telah memiliki sebanyak 1,000 buah cawangan di seluruh negara. Salute habis!

Menurut Lee Thiam Wah juga, prinsip yang sentiasa dipegang sejak kecil adalah "Your Only Limit Is YOU"

Walaupun beliau terpaksa berhenti sekolah oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk bangkit dan berusaha lebih bagi menyara hidupnya serta membantu meringankan beban yang dialami oleh keluarganya.

Permulaan yang sukar buat beliau ketika menjual makanan ringan sekitar perumahan malah di tepi jalan, namun beliau langsung tidak berputus asa.

"Memandangkan peluang pendidikan saya yang terhenti setengah jalan, saya tidak banyak mengetahui tentang industri lain. Saya memilih industri runcit kerana saya mendapati ia adalah yang paling mudah untuk dilakukan kerana saya hanya perlukan produk dan kemudian saya boleh mula menjualnya", katanya ketika di temui oleh wartawan The Star.

Jika individu kurang upaya ini mampu membela nasibnya dengan usaha tanpa henti, anda pula bagaimana? :)

Sumber: Facebook Rosalwanne Roslan

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pernah baca tentang wanita yang digelar Beauty With Brain ini?

Bukan itu sahaja, ada juga masyarakat yang begitu kreatif. Hias rumah dengan bermodalkan RM2,000 sahaja. WOW!

More stories to read: