seismik

Satu Calon Pilihan Raya Dan 11 Lagi Fakta Tentang North Korea Yang Sangat WTF!

Syukurlah Malaysia masih aman.

Cover image via nypost.com

1. Tahun ini ialah tahun 106, bukan 2017

Korea Utara meraikan tahun baru setiap tahun pada 15 April sempena hari kelahiran Kim IL Sung, datuk kepada pemimpin tertinggi masa kini Kim Jong Un. Hari kelahiran Kim IL Sung pada 15 April 1912 diiktiraf sebagai permulaan kalendar Korea Utara.

Ironinya, tarikh 15 April 1912 adalah sama dengan tarikh kapal Titanik tenggelam ke dasar Lautan Atlantik.

2011 sama dengan tahun 100.

Image via en.gmw.cn

2. Penduduk Korea Utara hanya ada 28 pilihan gaya rambut yang diluluskan kerajaan

Selepas gambar Kim Jong Un tersebar pada tahun 2014 dengan gaya rambut pelik dan unik terbaru beliau, sumber mengatakan bahawa setiap lelaki di Korea Utara diarahkan untuk mengikut gaya rambut yang sama. Bagaimanapun, sumber ini nampaknya tidak benar sama sekali.

Namun begitu, penduduk di sana tetap tak boleh lari daripada hakikat bahawa mereka hanya mempunyai 28 pilihan gaya rambut yang diluluskan kerajaan; perempuan dengan 18 pilihan manakala lelaki dengan 10 pilihan sahaja. Ini bukanlah satu benda baru di sana.

Kesemua 28 gaya rambut dalam satu gambar. Anda pilih yang mana?

Image via antihairprotest.blogspot.com

3. Sesiapa yang baca Bible, tonton filem Korea Selatan, dan tonton porno akan dikenakan hukuman mati

Menurut Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa, terdapat beribu-ribu hukuman mati telah dijalankan di Korea Utara sejak zaman 50-an lagi. Dan yang paling banyak adalah sepanjang 20 tahun yang lepas, walaupun era permodenan telah bermula.

Hukuman mati di Korea Utara boleh termasuk apa-apa sahaja yang dianggap menentang pemerintahan yang sedia ada, termasuklah membaca Bible, menonton filem Korea Selatan, dan menonton bahan lucah.

4. Pemilikan kereta adalah sesuatu yang sangat eksklusif

Image via jalopnik.com

Bayangkan, memiliki sebuah kereta di Korea Utara sama macam memiliki jet peribadi di Malaysia. Ya! Sampai macam tu sekali. Disebabkan industri import terhad dan kawalan begitu ketat, hampir semua kenderaan di sana dimiliki secara eksklusif oleh pegawai tentera dan pembesar-pembesar.

Had ke atas kenderaan ini juga bertujuan bagi menyerlahkan lagi kuasa, ketuanan, keagungan, dan kehebatan pegawai peringkat tertinggi di sana.

5. Setiap 5 tahun akan ada Pilihan Raya, dengan hanya ada SATU calon untuk rakyat undi

Pilihan raya setiap 5 tahun? Tak ada yang pelik pun tentang itu.
Hanya ada SATU sahaja calon yang rakyat boleh undi? Yang ni memang pelik.

Ya, memang rakyat Korea Utara diberi kertas undi setiap seorang. Tetapi pilihan yang ada hanyalah dua iaitu:

1. Long Live Kim Jong Un!
2. Torture and Death

Malah, rakyat di sana wajib untuk turun mengundi. Kalau tak mengundi, hukuman mati bakal dikenakan. Senang cerita, setiap kali pilihan raya, 100% undi pastinya diberikan kepada pilihan nombor 1.

Fuuhhh! Mesti berpeluh-peluh masa nak mengundi.

Image via www.tombraiderforums.com

6. Hukuman menjangkau sehingga 3 generasi

Sebelum lakukan apa-apa jenayah di Korea Utara, lebih baik fikir masak-masak dulu. Ini kerana hukuman yang dijatuhkan tidak hanya memberi kesan kepada satu individu, tetapi mungkin menjangkau sehingga 3 generasi individu tersebut.

Contohnya, kalau anda dikenakan hukuman penjara kerana menentang kerajaan, hukuman ini juga akan diturunkan kepada generasi anda seterusnya. Maksudnya, kalau si ayah masuk penjara, si anak pun akan turut serta sekali, dan si cucu pun sama.

7. Korea Utara ada stadium terbesar di dunia

Stadium Rungrado May Day.

Image via www.techinsider.io

Jalan raya yang berturap adalah kurang daripada 5% di seluruh Korea Utara, manakala lampu isyarat pula hampir 100% tidak berfungsi. Walaupun begitu, hakikat ini tidak menghalang mereka untuk membina stadium terbesar di dunia, Rungrado May Day di Pyongyang.

Stadium ini menempatkan 150,000 bilangan tempat duduk yang kebanyakan harinya kosong. Ia digunakan untuk acara tahunan gimnastik artistik 'Arirang', sebuah acara yang membuka pintu kepada media antarabangsa untuk masuk ke negara itu.

Selain 'Arirang', stadium ini juga pernah menjadi medan pembunuhan besar-besaran terhadap askar Korea Utara yang dipercayai mengkhianati kerajaan.

Festival Arirang.

Image via www.wezeit.com

8. Haram pakai seluar jeans...

Kalau ada daripada anda yang mempunyai peluang untuk pergi ke Korea Utara, pastikan anda tinggalkan segala jeans biru anda di rumah. Ini kerana jeans dilihat sebagai simbol imperialisme Amerika Syarikat. Sebagai sebuah negara dengan pemerintahan komunisme, simbol tersebut dilarang sama sekali untuk diberi pendedahan kepada rakyat di sana.

9. ...tetapi ganja dan weed dihalalkan serta dijual secara terbuka

Manurut sumber, pokok Cannabis yang menghasilkan ganja ditanam secara meluas di seluruh negara, malah turut dieksport ke luar oleh agensi kerajaan, semata-mata bagi membawa masuk matawang asing ke Korea Utara. Tambahan lagi, ganja dan weed langsung tidak diklasifikasi sebagai dadah.

10. Satu-satunya negara Nekrokrasi di dunia

Maksud Nekrokrasi = Kerajaan yang beroperasi di bawah pemerintahan pemimpin yang telahpun mati.

Ini bermakna segala arahan, perintah, sekatan, hukuman, dan pelbagai lagi, semuanya dijalankan mengikut undang-undang Ayahanda mereka, Kim IL Sung.

Kim IL Sung.

Image via news.cntv.cn

11. Korea Utara membina hotel 105 tingkat tertinggi di dunia sejak hampir 30 tahun lalu, yang sehingga kini kosong dan langsung tidak digunakan

Ryugyong Hotel.

Image via www.sobify.com

Ryugyong Hotel yang dibina hampir 30 tahun lalu dengan anggaran kos sebanyak $750 juta (RM3 bilion) masih lagi terbiar dan kosong sampai sekarang. Projek ini sepatutnya menghadirkan 3,000 bilik, dilengkapi dengan kasino, dan turut menampilkan lima restoran berputar.

Konsep bangunan ini diilhamkan oleh pemimpin pada waktu itu, Kim IL Sung yang mengidamkan sebuah bangunan ikonik mega bagi mempamerkan kuasa veto beliau. Walaubagaimanapun, pembinaan Ryugyong Hotel terhenti pada tahun 1992 atas kejatuhan Soviet Union (Rusia) yang turut meruntuhkan ekonomi Korea Utara.

Hotel ini tersergam indah sebagai antena.

Image via www.techinsider.io
Image via www.sobify.com

12. Hanya ada 3 sahaja saluran televisyen

Nak lagi teruk? Dua saluran hanya ke udara pada Sabtu dan Ahad, manakala saluran lagi satu hanya mula bersiar pada waktu petang setiap hari. Waktu pagi memang tak ada apa langsung yang mereka boleh tengok di TV.

Setiap kali ada berita gempar, inilah wanita yang akan muncul di kaca TV di sana.

Image via www.ctvnews.ca

WTF kan!?

Image via blogspot.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nah, lagi banyak artikel dalam kategori WTF:

You may be interested in: