Lelaki 18 Tahun Di China Ini Buat Pembedahan Plastik Kemudian Hina Orang Hodoh
"Saya hanya menjalani pembedahan plastik kecil di bahagian hidung sahaja," kata Liu Zichen.
AMARAN: KOLEKSI GAMBAR YANG DIPAPARKAN DALAM ARTIKEL INI TIDAK SESUAI UNTUK GOLONGAN BAWAH UMUR DAN TIDAK SESUAI DITATAP PADA WAKTU BEKERJA (NSFW)
Satu soalan kami nak tanya. Macam mana seorang lelaki yang rupa asalnya begini...
... boleh bertukar secara magik menjadi seperti di bawah? Ya, mereka berdua adalah individu yang sama.
Liu Zichen yang diberi gelaran Snake Boy kerana mata besarnya dan dagunya yang tirus ini baru saja berusia 18 tahun dan berasal dari China. Dia juga dikenali dengan nama Chris.
Dia mula mendapat perhatian apabila memuat naik gambar dirinya berbogel tanpa seurat benang di atas katil bersama taburan wang
Selain itu, dia juga didapati menghina orang-orang hodoh dan memberi gelaran "anjing" kepada sesiapa yang membencinya. Dia bagaimanapun mengaku ada melakukan pembedahan plastik tetapi hanya di bahagian hidung.
Liu berkata melalui Weibo: "Saya mahu menjelaskan beberapa perkara. Saya memang telah melakukan sedikit pembedahan plastik untuk hidung saya tetapi tidak di bahagian lain. Saya hanya seorang pelajar jadi tolong jangan menghukum seseorang berdasarkan cara mereka mengambil gambar diri sendiri atau hanya kerana beberapa barangan mahal yang mereka pamerkan!
"Perbuatan ini sangat biadap tahu tak? Jika anda tidak mempunyai apa-apa budaya dan malas membaca, anjing-anjing seperti anda perlu berhenti menyalak. Jika anda tidak suka apa yang anda lihat, sila berambus. Ia benar-benar menyakitkan hati, F***!"
"Sebagai seorang anak muda dengan segala kekayaan dan kejayaan, saya faham jika ada wanita-wanita tua yang iri hati dan yang membenci orang kaya."
"Dan kepada orang-orang yang begitu hodoh, dan tidak mempunyai wang untuk menjalani pembedahan plastik, dan yang makan tahi dan kencing menyembur sepanjang hari, biar saya jelaskan sesuatu: Saya tidak akan ambil pusing hanya kerana anjing menyalak!"
"Anda tahu kenapa saya begitu popular? Ia bukan kerana paras rupa atau kekayaan saya, tetapi ia kerana saya adalah seorang yang baik hati dan mempunyai penghargaan tinggi terhadap seni."
Liu mendakwa dirinya sebagai seorang Eurasian dan mewarisi sifat paras rupa menarik ini melalui keturunannya itu. Dia turut berkata bahawa natural beauty is the best, serta membenci kepada pembedahan plastik ekstrem.
"Dagu saya menjadi tirus kerana menggunakan topeng muka dan anda boleh lihat dari video saya yang dagu saya adalah 100% semulajadi. Saya hanya menjalani sedikit pembedahan plastik jadi sila berhenti bercakap mengenai hal ini."
"Lelaki-lelaki lain yang paling dicari di internet adalah jelas hasil daripada pembedahan plastik yang melampau dan ia membuatkan saya jelak. Berbanding dengan saya, seorang lelaki berbangsa Cina campuran Amerika, saya percaya natural beauty adalah yang terbaik."
"Gambar-gambar bogel saya melambangkan sumbangan saya kepada seni, tidak seperti orang lain yang melakukannya semata-mata kerana wang. Saya tidak perlu berbuat sebegitu untuk wang," ujar Liu melalui Weibo miliknya.
Lagi gambar Liu Zichen yang mungkin boleh buat anda termuntah: