Taugeh Dan "Pokok" Kecil Di Kepala Jadi Trend Terbaru Di China. Huh?
Ini kisah benar ya bukan rekaan.
Macam-macam. Rakyat China memang terkenal dengan trend yang lain dari yang lain. Macam tahun lepas, trend pakai topeng telah menjadi ikutan orang ramai dan turut diperagakan semasa fashion show di Beijing.
Fashion in smog: China Fashion Week presents creation featuring facial mask http://t.co/FWsiOGb3FM pic.twitter.com/zr8VABPJFM
— China Xinhua News (@XHNews) October 29, 2014
Kalau itu tak cukup pelik, yang ini mungkin boleh beat. Ogos tahun lalu juga wanita-wanita di China sibuk ambil armpit selfie bagi mencabar norma-norma sosial dan menggalakkan mereka untuk menyimpan bulu. Hmmm...
Dan China tak berhenti di situ. Perkenalkan trend terbaru penduduk Beijing untuk tahun 2015 - tumbuhan kecil di atas kepala. Yup!
Menurut sumber, orang ramai memilih untuk memakai tumbuhan plastik di rambut mereka sebab nak nampak cute. Dan taugeh adalah yang paling popular.
Nampaknya, inisiatif ini dilihat dapat menggalakkan rakyat China untuk go green. Mungkin sebab negara itu sangat terkenal dengan masalah pencemaran udara.
Trend ini menjadi ikutan para wanita dari semua golongan umur, tak kiralah kanak-kanak, remaja, dan juga mak budak
Ehem ehem...siapa kata perempuan je yang terjebak? Lelaki pun tak nak lepaskan peluang nak jadi cute.
Patutlah ramai orang pakai. Rupa-rupanya benda ni dijual merata-rata di tepi jalan. Harganya pun tak mahal katanya.
Tumbuhan-tumbuhan ini dijual siap dengan klip beraneka warna. Jadi senanglah kalau nak padankan dengan warna rambut masing-masing.
Tak pasti dari mana trend ni muncul, kami teka mungkin makhluk-makhluk kecil berwarna-warni ni sedikit sebanyak ada main peranan. Oh, nama kartun ni ialah PIKMIN.
Macam mana? OK ke tak OK? Ada siapa-siapa nak cuba? :D