seismik

“Fashion Show” - Gelagat Student Peraga Pakaian Ala-Ala Model Di Kelas Raih Pujian Ramai

Sporting betul masing-masing.

Cover image via @yayayongg (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pertunjukan fesyen adalah satu medium istimewa dalam menonjolkan bakat

Dalam pertunjukan fesyen yang biasa diadakan, peragawati atau peragawan akan menggayakan pakaian pereka fesyen di atas pentas peragaan.

Lain pula yang terjadi pada video ini, gelagat sekumpulan pelajar memperagakan pelbagai jenis fesyen ketika menghadiri kelas telah mengundang reaksi ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Masuk ke dalam kelas sambil berpakaian seperti model

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @yayayongg di TikToknya, kelihatan aksi anak-anak murid yang hadir ke kelas sambil memperagakan pakaian fesyen.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila mereka yang terlibat turut masuk ke dalam kelas sambil berjalan ala-ala gaya model.

Malah, dia juga turut membuat posting dua versi iaitu lelaki dan perempuan di content TikToknya.

Lihat video lain di bawah:

"Yang baju melayu lengkap tu baru lepas daftar nama jadi calon ke?" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 2.8M tontonan, 436.7K tanda suka dan 783 komen di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur dengan gaya berjalan ala model masing-masing. Malah, ada juga yang berkongsi pujian atas effort yang telah diberikan oleh setiap pelajar.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min suka yang last sekali tu, dah macam Dora The Explorer :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: