seismik

Fenomena 'Bubble Tea' Buat Ramai Orang Berteka-Teki. Halal Atau Tidak? Ini Ulasan Jakim

Jika anda masih keliru dengan status minuman tersebut, mungkin jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Cover image via Siti Mariam Zainon / Facebook

Sebut sahaja 'Bubble Tea', hampir setiap orang telah mencubanya. Bukan satu kedai, kini pelbagai kedai telah menjual air yang menjadi kegilaan ramai ini.

Image via Sevenpie

Pelbagai jenis kedai minuman kini turut menjual air Bubble Tea tersebut termasuklah Starbucks dan Family Mart yang baru sahaja mengeluarkannya. Setiap hari, hampir setiap masa, kedai-kedai yang menjual air ini akan dipenuhi dengan orang ramai yang beratur untuk membelinya.

Sedap sangat ke? Kami sudah cuba, untuk mereka yang tidak sukakan minuman manis dan tidak sukakan sesuatu yang bersusu dan berlemak, mungkin air ini tidak sesuai untuk anda.

Di bawah merupakan senarai kedai minuman yang menjual air 'Bubble Tea' ini:

Image via Giphy
1. The Koi
2. Xing Fu Tang
3. Tiger Sugar
4. The Alley
5. Daboba
6. Gongcha
7. Chatime
8. One Zo
9. Tealive
10. Starbucks
11. Family Mart

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Siti Mariam telah mempersoalkan mengenai status halal minuman ini bagi pelanggan Islam yang dijual di Xing Fu Tang & The Alley

Baca perkongsian penuh di bawah:

Untuk pengetahuan anda, The Alley masih dalam proses untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM. Manakala, Xing Fu Tang masih tidak memiliki sijil halal. Sebuah kenyataan ringkas telah dikeluarkan oleh pihak Xing Fu Tang iaitu pengakuan bahawa produk mereka adalah halal dari Taiwan dan bebas kandungan khinzir.

Kenyataan Xing Fu Tang.

Image via Bubble Tea Malaysia

The Alley juga turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama melalui Instagram Story. Menurut MStar, The Alley mengeluarkan kenyataan bahawa semua produk mereka adalah menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tiada kandungan bahan bukan tenusu atau alkohol.

Kenyataan The Alley.

Image via Facebook

"Kami masih dalam proses untuk mendaftarkan pensijilan HALAL dengan pihak JAKIM," - The Alley

The Alley

Image via Facebook

Pihak MStar turut menghubungi JAKIM bagi mengesahkan perkara tersebut. Sumber JAKIM turut memberitahu bahawa premis makanan dan minuman Xing Fu Tang dan The Alley masih belum memiliki sijil halal Malaysia setelah mereka melakukan semakan.

JAKIM juga menjelaskan, "Bahagian ini menegaskan bahawa premis makanan yang menggunakan bahan mentah atau ramuan yang telah dipersijilkan halal tidaklah bermaksud ia boleh memperihalkan premis makanan tersebut sebagai telah dipersijilkan halal. Melainkan hendaklah diperakukan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) selaku pihak yang berautoriti dalam Pensijilan Halal Malaysia."

Xing Fu Tang.

Image via Khaleeda Khairil

Selain itu, pengguna hendaklah tahu cara-cara untuk memeriksa 3 ciri utama Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi mendapatkan kepastian lebih terperinci

Image via Google

Apakah ciri-ciri yang dimaksudkan?

Ianya adalah dengan mempamerkan logo Halal Malaysia di hadapan atau pintu masuk premis berkenaan. Sijil pengesahan Halal Malaysia tersebut juga perlulah yang asal dan masih sah tempoh untuk membolehkannya disemak melalui direktori Halal Malaysia.

Buat premis yang tidak memiliki Sijil Pengesahan ini, premis tersebut tidak akan dipaparkan. Manakala premis yang telah mendapatkan sijil pengesahan ini, premis tersebut seharusnya memiliki ciri-ciri yang disebut di atas.

Namun, pembeli juga dinasihatkan supaya berhati-hati dengan penggunaan sijil HALAL yang palsu dan tidak diiktiraf oleh JAKIM

Gambar sekadar hiasan.

Image via Travel360

Antara cara lain untuk mengelirukan pelanggan, JAKIM juga turut memberitahu bahawa ada premis yang memperdaya pengguna dengan perbuatan mempamerkan salinan sijil halal bahan ramuan atau pembekal. Selain itu, mengubah suai dan turut mempamerkan salinan sijil halal premis lain dan meletakkan hiasan ayat Al-Quran untuk memperlihatkan ciri-ciri Islam.

Oleh itu, pembeli di luar sana harus lebih teliti mengenai hal ini. Jangan mudah terpedaya dengan taktik atau penipuan seperti yang dijelaskan.

Jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai isu penyalahgunaan ini, boleh terus hantarkan aduan anda ke [email protected] atau boleh terus ke Facebook Bahagian Hab Halal Jakim

Konklusinya, jika anda mempunyai perasaan ragu-ragu tentang status HALAL kesemua produk minuman 'Bubble Tea' ini dinasihatkan supaya tidak membelinya sebelum mereka mendapatkan sijil yang sebenar

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bahayanya!

More stories to read: