Fenomena Istiwa Matahari Di Atas Kaabah, Ini Panduan Untuk Anda Buat Semakan Arah Kiblat
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada.
Oleh itu, setiap tahun umat Islam berpeluang untuk melakukan semakan kiblat yang tepat di tempat kediaman masing-masing sempena fenomena Istiwa Adzam.
Walau bagaimanapun, tahukah anda apakah itu fenomena Istiwa Adzam? Jom ketahui lebih lanjut tentang peristiwa ini dan cara semak kiblat melalui panduan di bawah:
Istiwa Adzam merupakan fenomena matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa matahari di atas Kaabah
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah).
Apabila Istiwa Adzam berlaku, bayang-bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah.
Inilah masa yang sesuai untuk menandakan dan membuat semakan arah kiblat.
Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat walau di mana sahaja pada tarikh tersebut.
Fenomena ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada :
- 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan. (27 Mei jika tahun lompat)
- 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan. (15 Julai jika tahun lompat)
Panduan membuat semakan ketepatan arah kiblat
Peralatan yang diperlukan:
- Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak atau boleh berdiri tegak)
- Masking Tape
- Pen Marker
Cara-caranya adalah seperti di bawah:
- Pada 28 Mei atau 16 Julai, tepat jam 5.16 petang (28 Mei) atau 5.28 petang (16 Julai). Semak jam waktu standard SIRIM di https://mst.sirim.my/ atau telefon 1051.
- Pacakkan atau letakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
- Pastikan hari tidak mendung atau hujan.
- Gunakan pen marker untuk tulis atau tandakan arah kiblat pada jam ditentukan.
- Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang-bayang kayu tersebut.
- Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
- Selesai tanda arah kiblat yang tepat.
Setelah siap tanda arah kiblat, boleh lah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu-ragu itu (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti).
Jika terdapat perbezaan kiblat di masjid atau surau, sila rujuk Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri untuk maklumat lanjut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!