seismik

'Bukan Minyak, Bukan Emas' - Lelaki Ini Kongsi 'Benda' Sebenar Yang Ada Dalam Ka'abah!

Ramai yang mungkin dah salah faham tentang hal ini.

Cover image via Media Adil

Ka'abah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Ka'abah tidak kira di mana dia berada.

Image via Tv19

Walaupun ramai yang kenal Ka'abah dan tahu ianya merupakan kiblat umat Islam, namun masih ramai yang tertanya-tanya, "Apa sebenarnya yang ada di dalam Ka'abah?"

Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang perkara sebenar. Selama ini ramai menganggap bahawa di dalam itu mungkin mempunyai emas, minyak dan sebagainya. Namun, soalan itu telah terjawab oleh seorang individu di laman Twitter iaitu Abdalaziz.

Baca jawapan penuh beliau di bawah:

Menurut beliau, pelbagai soalan telah ditujukan oleh non-muslims tentang apa sebenarnya yang ada di dalam Ka'abah. Jadi, beliau membuat keputusan untuk menerangkan perkara sebenar.

Sebelum itu, ini merupakan gambaran dari luar dan dalam Ka'abah:

Ini pula gambaran dari dalam Ka'abah:

Kotak ini mempunyai pelbagai jenis wangian yang telah dicampur dengan air Amin dan juga digunakan untuk membasuh Ka'abah dari dalam:

Anda juga mungkin perasan alas putih yang ada di atas lantai, ia merupakan tempat pertama Nabi Muhammad solat semasa pertama kali baginda memasuki Ka'abah.

Raja Saudi serta ketua negara yang mengunjungi Ka'abah akan solat di atas alas putih tersebut.

Apa pula yang tertulis di kawasan kecil di dalam Ka'abah ini?

Ianya berbunyi, "Laa ilaaha illallaah, Muhammad rasuallah al Allah." Bermaksud, "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah."

Bumbung pula diperbuat daripada kayu yang begitu kuat serta disalut dengan emas tulen. Bahagian atas kain Kiswah tersebut adalah berwarna hijau.

Selain itu, banyak jenis minyak wangi yang tergantung. Perabot yang ada di dalam Ka'abah merupakan hadiah oleh para bangsawan Islam sepanjang sejarah Raja dan Khalifah.

Terdapat satu pintu di dalam Ka'abah itu sendiri. Menurut beliau, dalam pintu itu terdapat tangga yang boleh dilalui untuk ke siling Ka'abah.

Akhir sekali, anda akan nampak 3 tiang megah berdiri di dalam Ka'abah. Tiang tersebut diperbuat daripada kayu yang terbaik serta disaluti dengan emas tulen.

Menarik sangat bila dapat tahu tentang apa sebenarnya yang ada di dalam Ka'abah.

Semoga satu hari nanti kita diberi peluang untuk menziarahi kiblat buat semua umat Islam ini. Amin. :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian menarik lain hanya di SEISMIK:

More stories to read: