Flight Delay Gara-Gara Atlet MMA Meroyan Tercicir Headphone, Tindakan Kru Kabin Ini Dipuji
Difahamkan situasi itu berlaku selama satu jam setengah.
Pramugari atau pramugara adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kakitangan penerbangan di dalam pesawat
Ramai anak-anak muda ingin memiliki kerjaya ini. Hal ini kerana mereka menganggap kerjaya ini merupakan kerjaya glamour semata-mata. Tetapi, ia bukanlah kerjaya yang sebegitu.
Sebenarnya, banyak cabaran yang dihadapi oleh kru kabin ini. Misalnya, seperti berlakunya kekecohan, provokasi dan sebagainya hendaklah dikawal dengan sebaik mungkin supaya keselamatan penumpang dapat dijaga.
Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang lelaki berkongsi situasi ketika kru kabin menyelesaikan masalah ketika penumpang dari pelancong luar negara telah menimbulkan kekecohan disebabkan tercicir headphone itu telah meraih perhatian ramai.
Difahamkan, kedua penumpang itu adalah atlet MMA dan mahu ke Thailand untuk sesi latihan. Disebabkan itu, kesemua pihak keselamatan mengambil langkah berhati-hati untuk tidak ‘menyinggung’ perasaan dan tidak mahu melakukan provokasi.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kapten pesawat mengarahkan dua orang penumpang berkenaan keluar dari pesawat tersebut
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @_aizatrahman, kelihatan dia berada di dalam pesawat penerbangan AK822 dari Kuala Lumpur ke Phuket pada 26 Disember yang lalu.
Difahamkan, penumpang yang berbaju merah itu tercicir headphone miliknya dan membuat provokasi bersama rakannya di dalam pesawat tersebut.
Perkara itu membuatkan kru kabin terpaksa menyelesaikannnya dan mendapat arahan daripada kapten menghalau keluar dua orang penumpang tersebut. Namun, disebabkan mereka enggan untuk keluar, flight terpaksa ditangguhkan selama 1 jam setengah.
Lihat video lain itu di bawah:
"Bukan senang kerja cabin crew ni. Kena banyak bersabar dengan penumpang yang kurang ajar macam ni. Kalau crew hilang sabar, silap-silap boleh bertumbuk dekat situ" - Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kru kabin yang berjaya mengawal situasi itu. Malah, mereka juga berkomunikasi dengan baik dan bersikap profesional dalam menangani kekecohan yang berlaku.
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.1M views, 24.5K likes dan 802 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!