seismik

"Function" - Abang foodpanda Tolong Buat Persiapan Raya Last Minute Ini Curi Tumpuan

Rider foodpanda sedia membantu!

Cover image via @rohhhhh20 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menjadi seorang rider servis penghantaran makanan bukanlah sesuatu yang mudah

Mereka ini terpaksa menempuh panas dan hujan setiap hari demi mencari sesuap nasi. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, mereka tetap akan sedia membantu jika ada orang dalam kesusahan. 

Baru-baru ini, tular seorang abang foodpanda membantu sebuah keluarga membuat persiapan gara-gara raya last minute tahun ini telah meraih perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@rohhhhh20 Bila last minit prepare raya #fyp #foodpanda Raya Raya Raya - DOLLA

Panggil abang foodpanda tolong buat persiapan raya last minute

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rohhhhh20, kelihatan sebuah keluarga sedang membuat persiapan hari raya di hadapan rumah mereka.

Namun, apa yang telah mencuri tumpuan ramai adalah apabila seorang abang foodpanda juga turut serta di situ membantu mereka membuat lemang.

Pemilik video tersebut sempat berseloroh di ruangan kapsyen bahawa inilah jadinya bila last minute membuat persiapan raya. 

"Kerajaan kena bagi penghargaan dekat rider foodpanda ni, bila waktu memerlukan ada saja dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi abang foodpanda membantu membuat persiapan raya tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 438.1K views, 59.7K likes dan 259 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Malam raya pun function teruk. Terbaik abang foodpanda! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: