seismik

Di Sebalik Kisah Gadis ‘Mak Guard’ Cun Yang Terpaksa Berhenti Sekolah Demi Sara Keluarga

Gadis itu dikatakan terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarganya.

Cover image via SAYS via Instagram @srimahyunimunif

Baru-baru ini, viral di media sosial tentang seorang ‘mak guard’ cantik yang telah mengundang pelbagai reaksi netizen selepas gambarnya tersebar luas

'Mak guard’ wanita itu yang dikenali sebagai Sri Mahyuni Munif, 19, merupakan anak sulung daripada dua beradik dan bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Kampung Datuk Keramat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Yuni itu berkata, dia memilih pekerjaan itu kerana sukakan kanak-kanak.


Namun, di sebalik senyuman manis pada wajah gadis itu, siapa sangka sebenarnya beliau terpaksa melalui pelbagai kisah duka sepanjang zaman remajanya di mana beliau terpaksa berhenti sekolah

Memetik laporan dari Harian Metro, Yuni terpaksa berhenti sekolah dan bekerja demi membantu menyara keluarganya selepas bapanya, 54, mengalami masalah kesihatan.

"Saya tak kisah orang pandang rendah atau mengata kerja saya kelas bawahan. Asalkan saya buat kerja halal untuk menampung keluarga," kata Yuni.

"Ayah pernah kemalangan kira-kira 20 tahun yang lalu dan kesan dari kemalangan itu lebih buruk selepas dia bekerja sebagai buruh binaan menyebabkan tulang dan badannya sakit-sakit sehingga tidak lagi berdaya mengangkat barang berat.

Saya meminta ayah berehat dan saya sanggup berhenti sekolah untuk bekerja demi meneruskan persekolahan adik dan menyara keluarga selain membantu ibu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.” tambah Yuni lagi.

Masih tak terlambat lagi kan nak up ?

A post shared by SriMahyuniMunif (@srimahyunimunif) on

Mengulas tentang gambarnya yang sudah viral di media sosial, Yuni pada awalnya terkejut tetapi terpaksa menerima dengan hati terbuka terhadap pelbagai kecaman netizen yang memberikan komen negatif.

Beliau berkata kerjaya beliau sebagai pengawal keselamatan itu lebih mencabar dan terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhinya terutamanya kutukan dan sindiran dari segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap pekerjaannya

Yuni juga menjelaskan sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai juruwang, jurujual dan pembantu kedai fotostat untuk menampung perbelanjaan keluarga.

"Biarpun ayah berkeras meminta saya jangan berhenti sekolah, saya terpaksa melakukannya kerana tidak sanggup melihat ayah bekerja dalam kesakitan demi mencari sesuap nasi untuk keluarga," katanya.

"Kadang-kadang ada segelintir ibu bapa melanggar peraturan dan tidak mahu mendengar arahan saya sebab menganggap kerja ini sebagai kerja golongan bawahan. Tetapi hati saya terubat apabila melihat kanak-kanak dan bermain dengan mereka. Ramai murid di sekolah yang rapat dengan saya dan ada yang menangis kerana terpaksa berpisah selepas tamat darjah enam," katanya lagi.

Walaupun begitu, ada segelintir netizen yang memberikan kata-kata semangat dan pandangan positif serta boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada anak-anak muda yang lain

"Saya tidak kisah apa yang orang nak kata kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku dan saya jadikan kata-kata itu sebagai semangat untuk saya terus kuat menjadi seorang pekerja yang lebih bermotivasi. Ada yang cakap kononnya saya pinjam baju ibu atau kawan dan menunjuk-nunjuk kepada netizen, tetapi saya hanya mampu senyum.

"Saya ambil pandangan yang bersih-bersih sahaja, yang buruk-buruk saya tak nak fikir kerana bimbang memberi kesan kepada diri sendiri," katanya lagi yang masih belum berkahwin.

Tonton video penuh laporan Harian Metro di BAWAH:

Semoga kisah Yuni ini dapat membuka mata rakyat Malaysia untuk tidak memandang rendah terhadap pekerjaan seseorang. Yang penting, rezeki yang halal! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pada 2015, viral juga kisah tentang seorang gadis cantik dari Indonesia yang bekerja sebagai seorang cleaner. BACA SINI:

Baca kisah inspirasi lain juga di bawah:

You may be interested in: