seismik

Lagi Kisah Gadis Malaysia. Yang Ini Mengembara Ke Afghanistan Seorang Diri Pula

Antara pengalaman beliau seperti ditangkap tentera Afghanistan dan melihat orang mati ditembak di depan mata.

Cover image via yellowtuktuk.com

Semua orang boleh menjadi pengembara kalau mereka mahu. Tetapi tidak semua orang ada keberanian untuk mengembara seorang diri ke tempat penuh peperangan dan pergolakan seorang diri, seperti gadis ini.

Afghanistan dan wanita yang mengembara berseorangan bukanlah kombinasi yang baik. Ada risiko untuk diculik oleh puak Taliban. Namun begitu, pengalaman Siti Noridah di Afghanistan yang separa menakutkan tetapi sangat menarik ini memang wajar dikongsi.

Dari dulu lagi Siti Noridah yang berasal dari Johor suka aktiviti menjelajah dan exploring

Semasa masih menuntut di universiti, Siti sering memilih untuk tukar-tukar bas lokal sebanyak empat kali bila pulang ke kampung berbanding menaiki bas ekspress. Perjalanan pulang ke kampung yang sepatutnya mengambil masa tiga jam jika menaiki bas ekspress, berlarutan menjadi seharian.

Atas kegilaannya mengembara, Siti Noridah memilih untuk backpacking seorang diri ke Afghanistan. Antara sebabnya, kerana dia tertarik dengan pemakaian burqa wanita di sana.

Menurut Siti Noridah, sukar mendekati wanita Afghanistan walaupun dia sedaya upaya berpakaian sama seperti mereka

Mereka tetap menganggap Siti seperti orang asing dan keberatan untuk berbual-bual dengannya. Siti bagaimanapun mengelak untuk turut memakai burqa kerana khuatir ia akan dianggap sebagai menghina wanita tempatan. Jika anda bukan warga Afghanistan, tak boleh sesuka hati memakai burqa di sana.

facebook.com

Antara pengalaman menakutkan yang dialami oleh Siti Noridah ialah apabila dia ditangkap oleh tentera Afghanistan

Siti ditahan di sebuah bilik kecil empat segi gelap, berukuran kira-kira 3x3 dan dipaksa menunggu didalam bilik kecil gelap itu untuk soal siasat selanjutnya. Mereka menyangkakan Siti adalah pengintip dari Pakistan. Setelah soal siasat yang panjang, dia akhirnya disabitkan tidak bersalah. Nasib baik!

Gambar di atas diambil di Chicken Street, Kabul, beberapa minit sebelum Siti Noridah diberkas oleh tentera Afghanistan.

yellowtuktuk.com

Siti juga pernah lihat dengan mata kepalanya sendiri seorang penduduk tempatan mati ditembak di tengah jalan

Tetapi menurut Siti, senario itu biasa di Afghanistan, di mana nyawa manusia lebih murah dari harga barang jualan. Bersyukurlah, kita semua hidup dalam keadaan yang aman damai di bumi Malaysia.

Menurut Siti, di sebalik pergolakan yang tak sudah itu, negara Afghanistan sebenarnya sebuah negara yang indah. 80% daripada bumi tersebut terdiri dari gunung-ganang.

Penduduk Afghanistan pula ada integriti yang tinggi, cuma sayang...negara mereka bergolak. Menurut Siti dalam temuramah beliau dengan Yellowtuktuk, dia pernah sesat di Afghanistan di sebuah kawasan yang penuh bersalji, bersendirian dan cuma selimut merah sebagai peneman. Dengar sahaja dah menggigil, inikan pula mengalaminya sendiri.

Pengalaman ini menguatkan lagi semangat Siti Noridah untuk terus mengembara, walaupun dia mengaku yang dia bukanlah pengembara yang berduit

Dia hitchhike (tumpang kereta orang) dan couchsurfing (tumpang rumah orang) ketika mengembara. Cara ini bukan saja menjimatkan, tetapi dalam masa yang sama dapat menyatukan pengembara dengan budaya masyarakat tempatan.

Selain daripada backpacking ke Afghanistan, Siti Noridah juga sudah mengembara seorang diri ke India dan China

Semuanya dilakukan secara minimalis iaitu hitchhiking dan couchsurfing.

Gambar pemandangan di Spiti Valley, India

Image via Facebook Siti Noridah

Kami respek minat dan kesungguhan gadis ini menjadi pemerhati keindahan dunia

Selfie Siti di Antakya, Turki

Image via Facebook Siti Noridah

Mahu baca lagi kisah menarik gadis Malaysia? Ini ada artikelnya:

Dan kisah jejaka Melayu yang gigih mencari rezeki juga tidak kurang menariknya:

You may be interested in: