seismik

Gadis Menari TikTok Tak Perasan Jiran Tengok Dari Belakang, Reaksi Netizen Bikin Berdekah!

Reaksi gadis itu lawak, reaksi jiran dia pun lawak!

Cover image via Twitter @kindneighbour1

Tak dapat dinafikan, aplikasi TikTok memang menjadi kegilaan ramai

Bukan setakat rakyat marhaen yang terjebak dengan penangan aplikasi ini, tapi selebriti dalam dan luar negara pun tidak terlepas daripada fenomena TikTok.

Penggunaannya yang mudah juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Image via Forbes

Dalam keadaan terlalu banyak masa lapang di rumah, pelbagai idea dan kreativiti dicurahkan ke dalam usaha menghasilkan video yang boleh menarik perhatian dan mendapat tontonan orang ramai.

Image via The Independent

Aplikasi TikTok ini sekiranya digunakan dengan betul, mampu menghilangkan rasa stres mereka yang membuatnya di samping menghiburkan hati mereka yang menonton.

Baru-baru ini tular satu video TikTok yang dihasilkan seorang gadis. Namun, yang menarik perhatian bukan gadis itu, tapi jirannya yang tercegat berdiri di belakang.

Sebenarnya video itu telah dihasilkan gadis bernama Edrina dan dikongsikan semula menerusi laman Twitter oleh pengguna @kindneighbour1.

Dalam video ringkas berdurasi 15 saat itu, dapat dilihat sewaktu Edrina sedang leka menari, tiba-tiba muncul kelibat seorang lelaki di belakang yang dipercayai jirannya sambil memegang bekas makanan. 

Lucunya, lelaki itu hanya mampu berdiri dan tercegat di belakang sambil memerhatikan telatah gadis itu. Kehadirannya hanya disedari Edrina sewaktu dia berpusing sebelum terus berlari dari situ kerana malu.

Ternyata video itu telah mendapat perhatian ramai sehingga mendapat lebih 900 ribu jumlah tontonan setakat ini!

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Edrina dan pemuda di belakangnya itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mencipta situasi yang bermain di fikiran kedua-dua invididu tersebut.

Ini antara beberapa reaksi menarik dan melucukan dari warganet:

Reaksi gadis itu lawak, reaksi jiran dia pun lawak!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: