Bintang TikTok Dari USA Luah Rasa Sedih Netizen Malaysia Tak Henti Kata Keretanya Kotor
Zahra Hashimee mempersoalkan mengapa netizen Malaysia sering menulis komen perihal keretanya di setiap insta atau tweet yang dimuat naik olehnya.
Zahra Hashimee, seorang bintang bagi aplikasi TikTok telah meluahkan rasa dukacita apabila netizen Malaysia tidak serik 'mengganggunya' perihal keretanya
Menerusi laman Twitter, Zahra yang berusia 20 tahun dan menetap di Amerika Syarikat itu telah membuat satu tweet menyatakan rasa tidak sangkanya kerana netizen dari Malaysia terlalu mengambil berat tentang keretanya.
Bukan itu sahaja, dia yang menyatakan hasrat ingin ke Malaysia suatu hari nanti turut mempersoalkan mengapa netizen Malaysia sering menulis komen perihal keretanya di setiap insta atau tweet yang dimuat naik olehnya.
Mereka yang sememangnya atkif dengan laman Twitter tentu perasan setiap tweet yang berkaitan dengan gadis itu, orang ramai pasti akan mengaitkan dia dengan keretanya
Antara contoh netizen Malaysia bercakap tentang Zahra dan keretanya:
Buat yang tertanya-tanya mengapa netizen Malaysia terlalu 'taksub' dengan kereta Zahra adalah ekoran daripada video TikTok-nya yang pernah tular suatu masa dahulu
Dalam satu video TikTok yang pernah dimuat naik gadis itu, dia mengaku dirinya adalah seorang yang selekeh dan membuktikannya dengan menunjukkan keadaan di dalam keretanya.
Ternyata rata-rata netizen, terutamanya dari Malaysia, seolah-olah tidak boleh 'move on' daripada video tersebut. Manakan tidak, lihat sahaja video tersebut di bawah:
Walau bagaimanapun, Zahra pernah tampil sendiri menjelaskan bahawa dia tidaklah bangga dengan dirinya yang selekeh. Bukan itu sahaja, dia juga berkata yang video viral itu tidak menunjukkan keadaan selepas keretanya telah dibersihkan.