seismik

"Biar Betul Ni Mak?" - Viral Video Menari TikTok, Ramai Terpegun Wajah Ibu Anak Empat Ini!

Dahlah cantik, sporting pula tu, memang betul-betul #momgoals!

Cover image via Twitter @Mistervain_

Trend terbaru yang hangat dan menjadi ikutan masa kini sudah semestinya TikTok

Tiktok merupakan aplikasi untuk membuat video muzik dan kreatif berdurasi pendek yang sangat diminati ramai terutamanya golongan anak-anak muda.

Image via The Atlantic

Ianya sangat menyeronokkan kerana pelbagai jenis video boleh dibuat lalu disertai dengan suara latar atau muzik yang sedap serta boleh disunting sekali dengan efek-efek yang lucu lagi unik.

Tapi jangan tak tahu Tiktok pun sebenarnya boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan tau!

Terkini, sebuah video dari aplikasi TikTok telah viral di laman Twitter memaparkan seorang ibu serta dua orang anaknya menari

Dalam video yang dimuat naik oleh pemuda yang dikenali sebagai Danny itu dapat dilihat dia serta ibu dan adik perempuan kelihatan sedang berseronok menari berlatarbelakangkan lagu 'I Will Survive' nyanyian Gloria Gaynor.

Menurut Danny, dia gembira kerana ibu kesayangan sudi membuat penampilan pertama dalam laman TikTok miliknya. Bukan itu sahaja, ibunya siap buat pergerakan sendiri lagi di awal dan akhir video berdurasi 15 saat itu.

Melalui tinjauan di ruangan reply, ternyata ramai yang memuji kecantikan yang dimiliki oleh ibu Danny meskipun sudah beranak empat dengan usia mencecah angka 40 pada tahun ini.

Bahkan rata-rata yang berseloroh menyatakan wanita terbabit bukan ibu tetapi kakaknya.

Danny yang tidak sangka dengan komen-komen tersebut telah memuat naik gambar dia sekeluarga

Jelas Danny lagi, memang keempat-empat adik-beradik itu terikut wajah bapa mereka. 

Dahlah cantik, sporting pula tu, memang betul-betul #momgoals!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: