seismik

[VIDEO] Warganet Berdekah Lihat Lelaki Ini Kena 'Game' Masa Buat TikTok. Jahat Oi!

Alahai, tak tahu lah nak kasihan ke nak tergelak.

Cover image via Twitter @muhdsyahier

Seperti yang dilihat, aplikasi TikTok menjadi kegilaan ramai dan telah menjadi trend masa kini. Setiap kali, ada sahaja video yang viral.

Malah, TikTok ini tidak hanya dipenuhi dengan golongan muda tetapi turut merangkumi semua peringkat usia. Di samping itu, banyak juga video-video viral TikTok yang sebenarnya menghiburkan dan menunjukkan kreativiti mereka yang membuatnya. 

Selain itu, para selebriti juga dilihat turut terpengaruh dengan video TikTok ini. Mereka juga tidak ketinggalan untuk mengikuti trend semasa ini.

Image via Giphy

Terbaru, tular sebuah video TikTok seorang lelaki kena game dengan rakan-rakannya sewaktu dalam cubaan untuk melakukan video TikTok

Video berdurasi 14 saat itu dikongsi oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Muhd Syahier mendapat perhatian ramai. 

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 25 ribu ulang kicau dan 23.9 ribu tanda suka. 

Lihat video penuh di bawah:

Susulan itu, ramai yang kasihan dengan lelaki itu namun tidak mampu menahan tawa melihatkan reaksi rakan-rakannya

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi video membuat TikTok yang sepatutnya berlaku jika lelaki itu tidak dipermainkan rakan-rakannya

Serius terhibur tengok video ni! Tapi jangan selalu buat ya, kasihan kat kawan tu.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Seronok ke buat TikTok?:

You may be interested in:

Leave a comment