Gambar Dari Huawei P30 Ini Tunjuk Busana Perkahwinan Fasha Sandha Yang Amat Menawan. Lawa!
Pastinya, perkahwinan Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal jadi 'wedding of the year'.
Umum mengetahui kisah percintaan antara pelakon terkenal Fasha Sandha dan Aidil Aziz
Mereka juga kerap berkongsi gambar bersama di laman sosial masing-masing. Rata-rata netizen juga mendoakan agar mereka lekas berkahwin.
Nampaknya teka-teki peminat tentang tarikh pernikahan mereka bakal terjawab apabila Fasha berkongsikan gambar pre-wedding mereka. Walaupun tiada sebarang makluman diberikan, netizen yakin tarikh perkahwinan mereka semakin hampir.
Fasha bakal menjadi next bride of the year?
Melihat posting Fasha Sandha bersama gaun mewahnya semasa pre-wedding minggu lalu, netizen dapat menjangkakan Fasha Sandha bakal mengikut jejak langkah rakan artis yang lain untuk mendapatkan gelaran “Wedding of The Year”.
Lihat pada details baju Fasha semasa pre-wedding, cantik sangat! Walaupun gambar tersebut diambil dari jauh menggunakan telefon HUAWEI P30 Series, masih jelas kelihatan setiap perincian sulaman pada baju perkahwinannya itu. Hmmm.. Jealous-nya tengok.
Rekaan busana Fasha rekaan Rizman Ruzaini dinanti ramai
Fasha berkongsi gambar di laman Instagram miliknya mengenakan gaun rekaan Rizman Ruzaini. Walaupun busana tu nampak dari jauh je, kami yakin memang letuplah baju tu! Memang impian setiap pasangan yang bakal bergelar raja sehari nak kenakan baju yang direka khas oleh pereka fesyen terkemuka tanah air.
Raikan cinta Fasha dan Aidil bersama teknologi HUAWEI P30 Series
Menerusi gambar yang dikongsikan, nampaknya gambar tersebut diambil menggunakan HUAWEI P30 Series. Hmm.. Ada apa-apa ke ni? Macam mana kami tahu HUAWEI P30 Series?
Tengok teknik zoom yang digunakan, gambarnya tak pecah dan manik-manik yang menghiasi veil Fasha tampak begitu jelas dan menawan. Wow!
Tak sabarnya nak tunggu kemunculan HUAWEI P30 Series!
Nampknya kemunculan HUAWEI P30 Series ini sememangnya dinanti ramai. Agaknya apa lagi features terbaru yang akan diperkenal HUAWEI selain daripada teknik revolusi zoom kameranya?
Haa... Kalau korang nak tahu, sama-sama kita nantikan kemunculan pertama HUAWEI P30 Series esok, 26 Mac 2019 di Paris yang bertemakan “Rewrite The Rules”.
So, sementara kita tunggu perkembangan tarikh perkahwinan Fasha dan Aidil, jangan lupa layari laman web rasmi HUAWEI untuk sebarang maklumat lanjut tentang HUAWEI P30 Series.
Nak tengok pelancaran HUAWEI P30 Series secara langsung dari Paris esok? Di sini kami senaraikan untuk korang, pelancaran ini akan bermula jam 9 malam waktu Malaysia dan 2 petang waktu Paris ya.
Huawei Mobile: YouTube | Facebook | Twitter
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.