Demi Abadikan Cinta Jarak Jauh, Pasangan Ini Hasilkan Seni Kolaj Yang Sangat 'Impressive'
Macam mana nak buat ni?
Perkenalkan pasangan merpati dua sejoli dari Korea Selatan Li Seok dan Shin Danbi
Mereka berdua adalah pasangan yang bekerjasama dalam menyampaikan karya seni mereka setiap hari kepada orang ramai
Kerjasama mereka dicipta melalui minat mendalam Shin Danbi terhadap seni, digabungkan dengan teknik media profesional Li Seok bagi menghasilkan seni moden era baru. Hasil seni mereka disampaikan menerusi medium seni eksklusif yang diberi nama ShinLiArt.
Pasangan ini kini tinggal berjauhan dan menjalani long distance relationship di mana Shin Danbi bertugas di New York, USA, manakala Li Seok tinggal di Seoul, Korea Selatan
Bagi mana-mana pasangan sekalipun, pasti agak sukar untuk menjalinkan hubungan cinta apabila berada jauh antara satu sama lain. Betul tak?
Tetapi, hubungan jarak jauh mereka berdua tidak disia-siakan begitu saja. Sebagai anak seni, mereka menghasilkan satu projek baru yang dipanggil 'Half&half' bagi menterjemah 'dua foto dengan situasi sama pada dua lokasi berbeza' dalam bentuk collage.
'Half&half' merupakan projek collage Shin Danbi dan Li Seok yang menggabungkan dua gambar di dua lokasi berbeza dengan tujuan berkongsi kehidupan seharian mereka.
Idea projek ini tercetus apabila kedua-dua mereka tertanya-tanya apakah yang boleh mereka wujudkan sementara tinggal berjauhan. Daripada mensia-siakan peluang dan masa, lebih baik menghasilkan sesuatu seni yang bermakna.
Lebih menarik, kedua-dua gambar dalam setiap collage diambil pada waktu yang sama, dengan perbezaan zon waktu selama 14 jam
Gambar-gambar yang diambil merangkumi pelbagai tema. Antaranya gambar kedua-dua mereka di hadapan sebuah landmark yang seakan serupa...
...dan gambar benda-benda random lain termasuk jamban, mentol, plug dan macam-macam lagi.
Kreatif kan? Kami rasa pasangan ini layak diberi standing ovation di atas penghasilan mutu gambar yang sangat superb!
Maklumat lanjut:
Shinliart di Instagram dan Facebook.
Kunjungi laman web www.shinli-art.com untuk pelbagai lagi karya seni moden era baru Li Seok dan Shin Danbi.
Waa hubungan cinta jarak memang sukar. Mungkin tiket penerbangan murah di kedai Kupon SAYS membolehkan pasangan bertemu walaupun untuk masa yang singkat.
Jangan lupa juga untuk follow akaun Instagram anak muda Malaysia dengan bakat seni bertaraf antarabangsa DI SINI:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!