seismik

Ganja Akan Diharamkan Semula Di Thailand Hujung Tahun Ini, Hanya Untuk Perubatan Sahaja

Pengumuman itu dibuat dua tahun selepas menjadi salah sebuah negara pertama di Asia yang tidak mengharamkan penggunaannya.

Cover image via AFP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti sedia maklum, Thailand merupakan antara negara pertama di Asia yang 'menghalalkan' penjualan dan penggunaannya ganja sebagai rekreasi dalam kalangan orang awam

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Thailand pada Selasa, Thailand akan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik menjelang akhir tahun ini.

Keputusan itu diambil walaupun pertumbuhan pesat sektor runcit domestik untuk ganja, dengan puluhan ribu kedai dan perniagaan muncul di Thailand dalam dua tahun lalu dalam industri yang diunjurkan bernilai sehingga RM4.8 billion (AS$1.2 bilion) menjelang 2025.

"Saya mahu kementerian kesihatan meminda peraturan dan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik," kata Perdana Menteri, Srettha Thavisin di platform media sosial X.

"Kementerian harus segera mengeluarkan peraturan untuk membenarkan penggunaannya untuk tujuan kesihatan dan perubatan sahaja," katanya.

Srettha Thavisin, Perdana Menteri Thailand.

Image via astroawani.com

"Dadah adalah masalah yang memusnahkan masa depan negara, ramai anak muda ketagih. Kita kena kerja cepat, rampas aset (pengedar dadah) dan luaskan rawatan," - PM Thailand

Pada 2018, ganja telah didekriminalisasikan untuk kegunaan perubatand dan penggunaan rekreasi pada 2022 di bawah kerajaan terdahulu, tetapi pengkritik mengatakan liberalisasinya telah disegerakan, menyebabkan kekeliruan besar mengenai peraturan dan peraturan.

Srettha berkata demikian susulan pertemuan dengan agensi yang terbabit dalam penindasan narkotik, dan beliau berikrar untuk mengambil pendirian tegas terhadap dadah terlarang dan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyampaikan keputusan dan menunjukkan kemajuan yang jelas dalam 90 hari akan datang.

Selain itu, beliau juga meminta pihak berkuasa untuk mentakrifkan semula apa yang dimaksudkan dengan pemilikan dadah di bawah undang-undang, daripada jumlah kecil kepada satu pil, kepada untuk membolehkan penguatkuasaan lebih ketat oleh pihak berkuasa.

Kerajaan Srettha sebelum ini berkata, ia mahu menolak undang-undang ganja menjelang akhir tahun dan akan mengharamkan penjualan ganja rekreasi dan hanya membenarkan penggunaannya untuk tujuan perubatan dan kesihatan sahaja.

Image via hmetro.com.my

Prasitchai Nunual, setiausaha agung Rangkaian Masa Depan Cannabis Thailand, berkata perlaksanaan itu akan menjadi langkah buruk bagi ekonomi dan memberi tamparan hebat kepada perniagaan kecil dan pengguna

"Ramai orang telah menanam ganja dan membuka kedai ganja. Semua perlu ditutup," katanya kepada Reuters.

"Jika keputusan saintifik menunjukkan bahawa ganja lebih teruk daripada alkohol dan rokok maka mereka boleh menyenaraikan semula ia sebagai narkotik.

"Jika kanabis kurang berbahaya, mereka harus menyenaraikan rokok dan alkohol sebagai narkotik juga," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi menarik di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: