seismik

Gara-Gara Dendam, 4 Buah Kereta Pegawai Kastam Hangus Dibakar

Mangsa dikatakan sedang tidur di rumahnya sebelum dikejutkan oleh jiran akibat bunyi dentuman yang kuat.

Cover image via Harian Metro

Empat buah kereta milik Penolong Kanan Pengarah Kastam (Bahagian GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terbakar pada awal pagi semalam di kediamannya di Presint 11, Putrajaya

Image via Harian Metro

Akibat dendam, perbuatan khianat telah menyebabkan empat buah kereta milik beliau dan keluarganya hangus terbakar kira-kira jam 3:30 pagi ketika mangsa Nor Azman Mat Jini, 59, dan isteri, Noor Hayati Khairuddin, 57, serta anak perempuan dan menantu serta dua cucu sedang tidur di tingkat atas dan bawah kediaman berkenaan.

Antara kenderaan milik keluarga mangsa yang musnah sepenuhnya adalah Perodua MyVi dan Mercedes Benz milik anak perempuan dan isteri mangsa.

Manakala dua lagi iaitu Honda CRV milik mangsa dan Proton Saga milik menantu mangsa terbakar di bahagian depan.

Image via Harian Metro

"Saya langsung tidak sedar kejadian berlaku. Selepas jiran beritahu ada letupan dan api saya terus meminta isteri, anak dan menantu keluar melalui pintu belakang rumah," kata mangsa kepada Harian Metro.

Mereka sekeluarga berada di dalam keadaan yang panik kerana api yang sedang marak di luar dan bunyi dentuman yang tidak berhenti.

Isterinya Noor Hayati berkata, "Suami turun ke bawah untuk buka pintu depan tetapi gagal kerana api sudah masuk ke bahagian depan.

"Dia kemudian mengambil kunci pintu belakang sebelum meminta kami semua keluar menyelamatkan diri dengan meredah pokok yang dijadikan pagar rumah."

Turut dimaklumkan, sebelum ini Nor Azman bertugas di bahagian penguatkuasaan Unit Siasatan Frod (penipuan) Perdagangan dan telah dipindahkan beberapa bulan lepas ke Bahagian GST

Image via Harian Metro

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, “Perbuatan khianat ini tiada kaitan dengan GST. Ia ada kaitan dengan bahagian penguatkuasaan, kerana pegawai ini biasa menangkap banyak kes yang membabitkan barangan bercukai tinggi seperti rokok dan arak.

“Malah baru-baru ini sebelum berpindah (bahagian) pegawai ini berjaya menumpaskan beberapa sindiket yang membawa masuk barangan bernilai berjuta ringgit dan tak bayar duti import.”

Menurut isterinya lagi, mereka tidak pernah menerima sebarang ugutan sebelum ini dan faham akan risiko yang dihadapi

Masih dalam keadaan trauma, mereka juga menyuarakan kebimbangan jika kejadian yang berlaku mempunyai sebarang unsur jenayah.

Dia berkata, terdapat juga kesan ketukan pada besi tingkap bahagian bawah yang menunjukkan kemungkinan ada cubaan untuk pecah masuk ke dalam rumah.

Pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak betul kes ugut sekarang ni, hati-hati ya semua!

Baca rintihan sedih seorang ibu yang kehilangan anaknya depan mata akibat ditimpa kerusi DI SINI:

You may be interested in: