seismik

Gara-Gara Hutang, Lelaki Ini Ditetak Rakan Menggunakan Parang Jenis Barong Hingga Maut

Leher mangsa ditetak sehingga hampir putus.

Cover image via bharian.com.my

Kejadian ngeri yang berlaku di Lahad Datu itu telah menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 30 tahun

Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku di dalam kereta jam 1.25 tengah hari kelmarin bertempat di Simpang Taman Warisan 4, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

Mangsa yang dikenali sebagai Fazrin Ibrahim ditetak lehernya sehingga hampir putus lalu meninggal di tempat kejadian.

Turut cedera, adik ipar mangsa yang berusia 11 tahun dengan beberapa jarinya cedera akibat ditetak suspek terbabit

Difahamkan, selepas serangan itu, suspek dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala adik iparnya Hardisyam Saparuddin, berada di sisi mangsa sambil menangis dalam keadaan berlumuran darah.

Orang ramai yang berada di lokasi turut bersimpati dan menenangkan kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata kanak-kanak yang cedera kini dalam rawatan kecemasan di Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata suspek dikenali sebagai 'Kajan' telah menetak mangsa menggunakan parang jenis barong

Menurut Hamzah, "Ketika kejadian suspek berada di dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang lalu menyerang mangsa dari belakang menggunakan parang jenis barong.

"Akibat kejadian itu, leher mangsa hampir putus manakala adik ipar mangsa turut cedera luka di jarinya," katanya ketika dihubungi, kelmarin. 

Menurutnya lagi, mayat mangsa yang maut di bawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan pemburuan suspek diteruskan dengan menggunakan unit anjing pengesan (K9).

Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh mengikut laporan Berita Harian.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ikuti berita menarik dan terkini di SEISMIK! :

You may be interested in: