seismik

Seorang Guru Diberkas Setelah Mencabul Lebih Daripada 12 Orang Pelajar Di Sarawak

Rata-rata mangsanya berumur lingkungan 8-11 tahun.

Cover image via werutv.co.ke

Seorang guru yang berumur 40 tahun telah ditahan polis kelmarin atas tuduhan mencabul pelajar-pelajar di sebuah sekolah di Batu Niah, Sarawak

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar, penangkapan guru tersebut dijalankan selepas adanya laporan dari murid tahun dua yang mendakwa dirinya dicabul oleh guru kelasnya.

"Mangsa memaklumkan kepada ibunya yang berusia 26 tahun bahawa guru kelasnya telah banyak kali mencabul kehormatannya dalam kelas di belakang meja guru," katanya dalam kenyataan media semalam.

Perbuatan itu dilakukan oleh guru tersebut sejak tahun lepas, ketika mangsa masih berada di tahun satu.

Gambar sekadar hiasan

Image via Daily Trust

Pada malam semalam, seramai 12 ibu bapa datang ke Balai Polis Niah untuk membuat laporan polis terhadap suspek yang didakwa mencabul kehormatan anak mereka

“Setakat ini 13 mangsa kanak-kanak sudah tampil, mereka murid Tahun 2 hingga Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Batu Niah, Miri berusia antara 8 dan 11 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata semua mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika mereka berada dalam Tahun 1 dan Tahun 2.

Suspek dikatakan turut merakam gambar bahagian badan mangsa menggunakan kamera telefon bimbitnya

“Telefon bimbit suspek dirampas untuk analisis forensik dan dia direman 7 hari hingga 1 Mei ini sejak ditangkap 24 April lepas,” katanya.

Tambahnya lagi, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Image via Federal Gazette

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Makin menjadi pula kes pedofilia di Malaysia ini:

Ikuti lagi berita terkini hanya di Seismik!

You may be interested in: