seismik

Wanita OKU Ditemui Kelaparan Dan Tinggal Seorang Di Dalam Rumah Penuh Najis Di Kelantan

Mangsa berusia 44 tahun terkurung dan ditemui jiran yang lalu di lorong belakang deretan rumah teres setingkat itu.

Cover image via Astro Awani

Seorang wanita OKU telah ditemui berada dalam keadaan kurus kering serta bergelumang dengan najis di ruangan dapur sebuah rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan

Image via Kosmo

Menurut laporan, mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak terurus oleh pihak polis selepas mendapat maklumat daripada jiran mangsa.

Mangsa telah dijumpai oleh jiran berusia 48 tahun yang mengatakan bahawa, "Ketika melalui rumah mangsa, langsir tingkap terbuka secara tidak sengaja dan dia ternampak wanita itu terbaring di lantai.

“Baunya sangat busuk dan pada mulanya saya sangkakan dia meninggal dunia, tetapi apabila dipanggil dia mengeluarkan bunyi seperti mengerang kesakitan.

“Saya kemudian panggil jiran lain dan sepakat untuk menghubungi polis,” katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian.

Polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan tersebut

Image via Berita Harian

Pihak polis terpaksa masuk melalui pintu dapur kerana semua pintu terkunci. Mereka mendapati wanita itu terbaring di atas lantai dalam keadaan yang teruk, udara busuk dengan bau kotoran yang sangat tidak menyenangkan.

“Kami percaya mangsa telah lama ditinggalkan melihat kepada keadaannya yang lemah dan kurus,” kata Penolong Pesuruhjaya Ketua Polis Daerah Kota Baru, Ismail Mat Sidik mengikut laporan Berita Harian.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut.

Ketika di hospital, mangsa yang sedang dirawat mengadu sejuk dan lapar setelah ditinggalkan di rumah bersendirian tanpa makanan dan penjagaan rapi

Wan Hasmarina Wan Mohammad, kini ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut

Image via Berita Harian

Mangsa dikatakan tinggal bersama adik perempuannya yang berusia kira-kira 40 tahun yang sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur sebelum mereka berpindah ke Pengkalan Chepa enam bulan lalu.

Namun, adik perempuannya tiada di rumah ketika serbuan dilakukan dan dimaklumkan sedang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

Ismail berkata siasatan lanjut akan dijalankan untuk menentukan sama ada mangsa diabaikan oleh penjaga atau kemungkinan ada unsur lain yang terlibat dalam kes itu

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita terkini di SEISMIK:

Minat musik? Boleh check out #SAYSPLAYLIST:

You may be interested in: