Gara-Gara Tinggal Plastik Berus Gigi Atas Meja, Penyewa Homestay Kecewa Deposit RM100 ‘Burn’

Alamak, macam tak patut pula.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Chat GPT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita dikenali sebagai Dila meluahkan rasa kecewa selepas wang deposit keselamatan sebanyak RM100 yang dibayar ketika menyewa sebuah inap desa tidak dipulangkan hanya kerana meninggalkan plastik pembungkus berus gigi di atas meja makan

Menurut laporan Kosmo!, perkongsian yang dimuat naik di Facebook itu pantas menjadi perhatian ramai apabila wanita berkenaan mendakwa dia dan keluarganya telah membersihkan rumah tersebut sebelum mendaftar keluar.

Menurut Dila, semua sampah telah dibuang ke dalam tong sampah, pinggan mangkuk dicuci dan rumah turut disapu bagi memastikan keadaan kediaman berada dalam keadaan kemas seperti yang diminta pemilik.

Namun, dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa deposit keselamatan RM100 tidak akan dipulangkan sepenuhnya selepas pemilik mendapati terdapat plastik pembungkus berus gigi yang tertinggal di atas meja makan.

SAYS.com

Gambar janaan AI.

"Semua sampah sudah dibuang, pinggan mangkuk dicuci dan rumah disapu. Tapi deposit hangus sebab ada plastik berus gigi tertinggal atas meja makan. Kalau benar itu kesalahan, rasanya terlalu tidak munasabah untuk tahan keseluruhan deposit RM100," luahnya.

Lebih mengecewakan, Dila mendakwa usahanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak berhasil apabila pemilik inap desa berkenaan bertindak menyekat nombor telefon dan akaun WhatsApp miliknya

"Bila kita nak berbincang, dia mula block WhatsApp dan nombor saya. Tak tahulah sama ada saya dianggap pengotor sangat hanya kerana sampah kecil itu atau pemilik ambil kesempatan tak nak pulangkan duit pelanggan," katanya lagi.

Difahamkan, hantaran tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen dengan ramai yang berpendapat tindakan menahan keseluruhan deposit hanya kerana secebis plastik adalah terlalu keterlaluan.

Menurut mereka, deposit lazimnya digunakan untuk menampung kos kerosakan, kehilangan barang atau pembersihan yang memerlukan kos tambahan yang besar, bukannya bagi kesalahan kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.

"Kalau sebab satu plastik kecil, rasanya cukup sekadar beri teguran. Deposit sepatutnya digunakan untuk kerosakan atau kehilangan barang," tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen berpandangan pemilik homestay mungkin berhak mengambil tindakan sekiranya perkara itu telah dinyatakan dalam syarat sewaan, namun jumlah potongan yang dikenakan dianggap tidak sepadan dengan kesalahan.

"Kalau memang ada dalam syarat-syarat sewa, hak pemilik juga untuk bertindak begitu. Cuma mungkin boleh caj sebahagian, tak perlu sampai RM100 hanya kerana satu sampah kecil yang tidak kotor dan berbau," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS